suria

Adira dah ‘move on’, tiada lagi sinar untuk kembali bersama Datuk Red

Adira dan Datuk Red sudah bawa haluan masing-masing.

KETIKA orang ramai berharap mereka kembali bersatu, penyanyi Adira Suhaimi tetap dengan pendirian untuk meneruskan kehidupan tanpa mengenang kisah lalu bersama bekas suami iaitu Datuk Red.

Kata Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, dia kini lebih selesa bersahabat dengan bekas suami dan mahu meneruskan hubungan baik demi anak-anak.

"Kalau kami tidak move on lagi... tak adalah kami boleh berborak dan bergurau macam sekarang ini.

2714189

Adira enggan toleh ke belakang lagi.

"Saya ini kalau tidak move on lagi saya takkan berjumpa dengan orang itu. Sekarang ini komunikasi kami bagus dan dua-dua sudah move on.

"Jangan cerita mengenai 10 tahun akan datang atau apa tapi buat masa sekarang ini kalau orang tanya rujuk atau apa... memang tidak ada sinar," katanya.

Adira berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung yang diadakan di TikTok miliknya.

Penyanyi lagu Pujaan Hati ini menjelaskan mengenai perkara itu selepas menerima pelbagai komen pengikut yang mahu dia kembali bersama Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tunggu kamu di Sabah” - Lelaki ajak Adira kahwin, tersalah hantar mesej kepada Datuk Red

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bukan balu cerai mati” - Keluar ketika tempoh Idah, Adira cari rezeki sara 4 orang anak

Dalam pada itu, Adira memberitahu kehadiran Datuk Red ke rumahnya ketika dalam tempoh edah bukanlah sesuatu yang salah kerana usahawan itu juga ingin melihat anak-anaknya.

"Datuk nak fokus menyelesaikan masalah dia... saya pula besarkan anak-anak.

"Dalam tempoh edah memang dia boleh datang rumah tapi kalau sudah tidak dalam tempoh edah dia masih datang rumah itu sudah pelik.

"Waktu edah tak ada yang pelik dia datang rumah ke apa," ujarnya.

2444841 (2)

Adira dan Datuk Red mahu fokus dengan hidup masing-masing.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Bagaimanapun ikatan perkahwinan sembilan tahun itu berakhir dengan penceraian pada 24 April lalu.

Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.

Manakala pada 14 Mei lalu, Adnan turut menceraikan isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hasim di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain