PENGACARA Haze Huzir sanggup memotong rambutnya untuk didermakan kepada pesakit kanser. Haze atau Mohamed Hazeman Huzir, berkata,tindakan itu bagi meningkatkan keyakinan diri pesakit yang mengalami keguguran rambut kesan kimoterapi. "Saya wakafkan rambut saya kepada pesakit kanser supaya keyakinan diri mereka kembali semula dan rasa seperti normal. Haze bertindak mewakafkan rambut bagi memberi keyakinan kepada pesakit. "Tak mengapa rambut boleh tumbuh balik. Lagi pun saya memang wakafkan seluruh tubuh saya dari hujung rambut sampai hujung kaki," katanya. Haze berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. Menerusi perkongsian yang dibuat, Haze sempat berseloroh menggunakan trend media sosial 'Mak saya suruh break (putus), dia tidak suka lelaki rambut panjang'. ARTIKEL BERKAITAN: Haze Huzir selar influencer suka undang kecaman, anggap golongan malas nak berfikir ARTIKEL BERKAITAN: [V] Buat baik tak semestinya dibalas baik, mungkin orang lebih naik lemak! People pleaser akhirnya toksik diri sendiri Haze pada mulanya memaparkan dirinya berambut panjang dan kemudian berkongsi penampilan terbaharunya berambut pendek. Dalam pada itu, pengacara tersebut memberitahu rambut yang didermakan itu akan dijadikan rambut palsu oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Jelas Haze, kelebihan menggunakan rambut palsu asli adalah kerana ia mudah untuk diuruskan berbanding buatan sintetik. "Saya potong rambut buat wakaf pesakit kanser. Rambut saya akan dijadikan wig (rambut palsu) oleh NGO. Haze tidak kisah memotong rambut pendek untuk memberikan kebaikan terhadap orang lain. "Kemudian diberikan kepada adik-adik yang keguguran rambut disebabkan oleh rawatan kimoterapi. "Rambut palsu daripada rambut manusia ini boleh dicuci dan boleh dikeringkan menggunakan penggering rambut. “Jadi ia mahal sikit berbanding dengan rambut palsu sintetik," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!