suria

Sheila Rusly bagi ‘hint’ nak cucu lelaki, Elisya Sandha tunggu selepas proses beli rumah RM1.2 juta selesai

Elisya fokus kumpul duit untuk beli rumah sendiri.

PELAKON Elisya Sandha sedang merancang untuk menambah cahaya mata kedua selepas ibu mentuanya iaitu penerbit Sheila Rusly menyatakan hasrat mahu menimang cucu lelaki.

Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 25, berkata, Sheila merasakan sudah tiba masanya dia dan suami iaitu Uzair Haqimy menimang cahaya mata kedua memandangkan anak sulung mereka sudah mencecah usia dua tahun.

"Itu dalam perancangan (tambah cahaya mata), ibu mentua pun ada bertanya sebab katanya cucu pertama dah besar dan dia mahu cucu lelaki seorang.

size NP 1 - 2024-06-09T152032.626

Elisya dan Uzair fokus cari duit lebih buat masa sekarang.

"Cuma sekarang saya dan suami sedang fokus menambah pendapatan sebab nak beli rumah dan tak terfikir tentang tambah anak... Tapi kalau ada rezeki apa salahnya.

"Insya-Allah kalau ada rezeki mungkin tahun depan bersama rumah baru," katanya kepada mStar.

Elisya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sambutan ulang tahun kelahirannya ke-25 yang diadakan pada Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Elisya menangis cerita pengorbanan Fasha Sandha terhadap keluarga, tunai semua permintaan adik-beradik

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur tak banyak ragam! Elisya Sandha tiada masalah tunjuk wajah anak, percaya doa baik peminat

Bercakap mengenai perancangan membeli kediamannya sendiri, Elisya berkata, ia merupakan salah satu impiannya dalam hidup.

Elisya berkata, dia sudah berjumpa dengan rumah idaman mengikut kemampuannya dan sedang dalam proses membuat bayaran pendahuluan.

"Memang sejak dulu lagi saya tanamkan dalam fikiran kena ada rumah sendiri. Kediaman sekarang saya tak anggap rumah saya sebab suami yang beli.

size NP 1 - 2024-06-09T151848.320

Elisya bersama keluarga ketika sambutan hari kelahirannya ke-25.

"Saya dah jumpa satu rumah cuma tinggal hendak bayar wang pendahuluan sahaja. Rumah jenis semi-D dan harganya tidak mahal sangat iaitu sekitar RM1.2 juta.

"Jika semua proses pembelian berjalan lancar, Insya-Allah hujung tahun depan akan dapat kunci," kongsinya.

Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair, 29, pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Bunga Elhaq pada 18 Jun 2022.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain