suria

“Artis pun manusia biasa” - Fasha Sandha tak ‘alergi’ pakaian murah tanpa jenama, paling penting cantik dan selesa

Fasha tiada masalah untuk pakai baju harga murah asalkan berkualiti.

PELAKON Fasha Sandha tidak menyangka video dia memberitahu menggayakan pakaian berharga RM19 tular di media sosial.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, dia tidak melihat perkongsiannya itu sebagai perkara luar biasa kerana selebriti sepertinya juga adalah manusia biasa.

Walaupun bergelar artis terkenal, Fasha memberitahu dia tidak pernah kisah memakai pakaian murah atau tidak berjenama kerana keutamaannya adalah keselesaan.

size NP 1 - 2024-06-09T171132.204

Fasha tidak kisah memakai pakaian harga murah kerana lebih pentingkan kualiti daripada jenama.

"Saya jenis tak kisah sebab artis pun manusia biasa... tiada beza pun!

"Tak semua artis mementingkan jenama semata-mata sebab pada saya asalkan cantik dan berkualiti," katanya kepada mStar.

Fasha berkongsi perkara itu sebagai mengulas video dia memperagakan blaus berwarna jingga yang dibeli di platform e-dagang dengan harga potongan RM19.

ARTIKEL BERKAITAN: Murah rezeki Fasha Sandha... Dapat hadiah 45 pasang baju raya, sehari tukar 2 pakaian

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau letak rate sebenar tak mampu mereka” - Fasha Sandha tidak berkira soal bayaran, setuju tawaran filem bajet rendah

Ramai memujinya merendah diri selain tidak menyangka selebriti popular seperti Fasha akan memakai pakaian murah dengan harga diskaun.

Dalam pada itu, Fasha berkata, sebagai seorang pelakon memang memerlukan pakaian yang banyak dan tidak wajar berbelanja besar.

Malah Fasha tidak berasa malu apabila menyebut harga pakaian yang disarungkan kerana tiada apa perlu dibuktikan kepada orang lain.

size NP 1 - 2024-06-09T171045.400

Fasha tak sangka perkongsian harga bajunya menjadi tular di TikTok.

"Golongan selebriti lumrahnya memang kena ada banyak pakaian. Saya secara peribadi tidak akan beli baju mahal-mahal tetapi memilih keselesaan.

"Pada saya tiada apa yang pelik pun sebab ramai sahaja artis sarung pakaian harga mampu milik cuma mereka tak sebut harga saja.

"Mungkin ada berasa malu nak sebut harga atau beritahu beli di mana tapi saya tak kisah atau malu dengan perkara itu," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain