suria

Ramai ‘bitter’ Intan Najuwa mahu berehat fokus rumah tangga, wajib taat permintaan suami

Intan buktikan dirinya seorang wanita berdikari.

PELAKON Datin Intan Najuwa menegaskan keputusan memperlahankan kerjaya seni bukan disebabkan mahu hidup senang lenang di atas kekayaan dimiliki suami.

Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, sebaliknya memberitahu dia seorang wanita yang berdikari dan sudah pun memiliki kedudukan kukuh dari sudut kerjaya sert memiliki aset sendiri sebelum berkahwin.

"Saya mahu jelaskan bahawa saya sudah ada kerjaya, aset, perniagaan dan pendidikan sebelum bertemu dengan suami. Saya juga berdikari dari segi kewangan.

intan 3

Intan sudah membina kehidupan yang stabil sebelum berkahwin.

"Jadi kalau saya mahu berehat sementara bukan masalah anda. Saya bekerja keras sebelum ini dan mencapai apa yang dimahukan dalam hidup. Biarlah sekarang saya menikmati alam perkahwinan," katanya.

Intan menjelaskan perkara tersebut di Instastory miliknya berserta tangkap layar laporan berita yang mengulas tentang keputusan dibuat sebelum ini.

Dalam pada itu, Intan menjelaskan suaminya iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman sendiri yang meminta dia memberikan fokus kepada rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami minta duduk rumah, Intan Najuwa berehat tak ambil tawaran lakonan tahun ini

ARTIKEL BERKAITAN: Daripada suka-suka bertukar minat, sukan berkuda erat hubungan Intan Najuwa dan suami

Jelas Intan, sebagai isteri menjadi kewajipan untuknya mentaati suami malah dia sendiri tidak mempunyai sebarang masalah dengan permintaan Azraf.

"Ini juga permintaan suami. Bukankah seorang isteri yang baik perlu dengar cakap suami?

"Jika mahu kembali bekerja, saya boleh berbuat demikian pada bila-bila masa.

"Bertenang! Ini tahun pertama saya bergelar isteri. Biarlah saya luangkan masa bersama suami," jelasnya.

intan 2

Intan mahu nikmati fasa hidup baharu di alam perkahwinan.

Intan juga memberitahu dia terpaksa menjelaskan perkara tersebut kerana ramai meninggalkan komen negatif berhubung kenyataan dibuat sebelum ini.

"Ramai pula yang 'bitter' dengan perkongsian ini. Terserlah cemburu di situ. Mujur saya tidak dikelilingi orang seperti ini.

"Pendapat anda tidak penting bagi saya. Berhenti berasa cemburu," katanya.

Untuk rekod, Intan dan Azraf mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dalam sebuah majlis mewah yang diadakan di sebuah resort di Johor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain