suria

Kak KM masih trauma insiden rompak, kecewa wang RM400,000 gagal dikesan

Kak KM tidur tak lena kerana hidup dalam ketakutan.

USAHAWAN sensasi Liana Rosli hidup dalam ketakutan sejak insiden kediamannya dipecah masuk perompak pada awal Mac lalu.

Lebih membuatkan Liana atau mesra disapa Kak KM tidak dapat tidur lena apabila mendapat tahu kediaman usahawan pencuci mulut Kieda pula dirompak dipercayai perbuatan individu sama.

"Tahu tak kes perompak masuk rumah Kieda? Orang sama pecah masuk rumah saya. Suspek kena tahan reman tujuh hari tapi dibebaskan selepas membayar ikat jamin.

"Saya kena hidup dalam ketakutan ke? Dah tak boleh pakai barang kemas?

NP-58

Kak KM hidup dalam ketakutan sampai sukar untuk tidur.

"Saya ini berniaga jadi bila hidup dalam ketakutan, tidur pun jadi tak lena," katanya kepada mStar.

Liana berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Pesona Kebaya yang diadakan pada pagi Sabtu.

Mengulas mengenai perkembangan kes tersebut, Liana memberitahu buat masa ini dia sedang berunding dengan pihak pendakwa raya bagi membantu melengkapkan kes.

Saya kena hidup dalam ketakutan ke? Dah tak boleh pakai barang kemas?

LIANA ROSLI

USAHAWAN

Liana memberitahu dia juga kecewa apabila wang tunai berjumlah RM400,000 yang dilarikan penjenayah tersebut masih gagal dikesan sehingga ke hari ini.

"Buat masa sekarang saya sedang berbincang dengan pihak pendakwa raya berkaitan kes tersebut selain mengenai wang RM400,000 yang masih lesap.

"Saya harap penjenayah itu akan terima hukuman setimpal atas perbuatannya," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM mengaku rumah kena pecah masuk, syukur polis berjaya jumpa barangan RM2.1 juta dalam sungai

ARTIKEL BERKAITAN: Polis temukan barang kemas, peti besi milik usahawan terkenal... Rupanya hasil rompakan ditanam dasar sungai

Trauma dengan kejadian tersebut, Liana memberitahu dia kini lebih berhati-hati kerana bimbang insiden serupa akan berulang kembali.

Liana sebelum ini mengesahkan dia adalah ahli perniagaan yang membuat laporan polis berhubung kejadian rumahnya dipecah masuk membabitkan kerugian bernilai RM3.5 juta.

Pada kejadian 4 Mac itu, sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik usahawan terbabit.

Bagaimanapun pada 16 Mac lalu, pihak polis berjaya menahan empat warga tempatan berusia 22 hingga 36 tahun berhubung kes berkenaan.

NP-60

Antara barang yang dijumpai pihak polis mengenai kes rompakan rumah Kak KM.

Penahanan empat individu terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu membawa kepada penemuan barang kemas milik usahawan berkenaan di sebuah rumah di Batu Pahat, Johor yang dianggarkan RM2.1 juta.

Manakala misteri kes pecah masuk kediaman Kieda atau Siti Nur Khalieda Yusra, 27, terungkai apabila polis membuat tangkapan ke atas empat suspek di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 6 Jun lalu.

Suspek termasuk dua wanita direman enam hari hingga 11 Jun bagi membantu siasatan berhubung kejadian pecah masuk rumah Kieda pada 25 April lalu.

Kieda melalui satu hantaran video di laman Instagram pada Jumaat mendedahkan kes pecah rumahnya merupakan satu kegiatan sindiket yang sebelum ini pernah menyasarkan beberapa kediaman usahawan terkenal termasuk Kak KM.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain