suria

Pelakon ‘Khunsa’ Rafique Iskandar jadi buruan pengarah, minta ibu berhenti kerja urus karier... Teruja dapat berlakon filem arahan Syamsul Yusof

Rafique mahu ibu (kiri) menguruskan kerjayanya sebagai pelakon.

BERMULA sebagai pelakon ekstra, bakat bintang cilik Rafique Iskandar semakin menyinar apabila dia mula mendapat pelbagai tawaran berlakon drama dan filem.

Disebabkan jadual lakonannya semakin padat, pemilik nama sebenar Rafique Iskandar Mohamad Khalifa, 10, ini turut meminta ibunya iaitu Miez Salma berhenti kerja bagi menguruskan kariernya.

Kata Rafique, dia percaya ibunya dapat menguruskan karier seninya dengan baik memandangkan wanita itu juga pernah bergelar pelakon sebelum ini.

"Saya suruh mak berhenti kerja untuk uruskan kerjaya saya sebagai pelakon dan sekarang ini mak merangkap sebagai pengurus dan pembantu peribadi.

Rafique mahu fokus terhadap kerjaya sebagai pelakon.

Rafique serius terhadap lakonan.

"Sebelum ini mak saya bekerja di sebuah hospital sebelum bergelar ejen takaful. Malah dia pun pernah bergelar pelakon, jadi dia tahu selok-belok mengenai industri lakonan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rafique memberitahu dia memang meminati bidang lakonan dan penglibatannya dalam bidang seni bukan atas paksaan keluarga.

Kata Rafique, minatnya terhadap lakonan mula timbul apabila sering menenami ibunya ke set penggambaran sebelum ini.

"Bergelar pelakon memang permintaan saya sendiri, tiada siapa paksa saya menjadi pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabar diri dalam 'Memoir Seorang Guru', Rosyam Nor akui tak mudah hidupkan watak Cikgu Sunan

ARTIKEL BERKAITAN: Walaupun bersaing dengan filem besar... 'Memoir Seorang Guru' jentik hati penonton, berjaya buat air mata mengalir

"Masa mak aktif sebagai pelakon saya selalu menemaninya ke set penggambaran dan daripada situ minat saya timbul untuk terjun ke dalam bidang ini.

"Ibu saya juga pernah masuk kelas lakonan dan dia akan berkongsi ilmu dengan saya," kongsinya.

Selain itu, Rafique memberitahu dia juga bertuah apabila mendapat tunjuk ajar daripada pelakon dan pengarah berkaliber seperti Syamsul Yusof dan Ellie Suriaty.

Katanya, peluang itu bukan antara pengalaman berharga buatnya kerana bukan semua pelakon dapat mendekati figura berbakat besar itu.

Saya suruh mak berhenti kerja untuk uruskan kerjaya saya sebagai pelakon.

RAFIQUE ISKANDAR

PELAKON

"Syamsul banyak mengajar saya tentang mood yang perlu dibawa dalam lakonan serta teknik lontaran dialog dengan betul.

"Malah ketika membintangi filem Memoir Seorang Guru, saya masuk kelas lakonan bersama Ellie Suriaty dan ia pengalaman cukup berharga," jelasnya.

Walaupun sibuk dengan penggambaran drama dan filem, Rafique tidak pernah mengabaikan pelajaran sebaliknya semua aktiviti seni tidak menganggu waktu persekolahan.

Kebiasaannya kata Rafique, jadual penggambarannya akan disusun selepas dia tamat waktu persekolahan.

Jadual penggambaran tidak menganggu urusan persekolahan Rafique.

Jadual penggambaran tidak menganggu urusan persekolahan Rafique.

"Saya bersekolah sesi pagi dan biasanya jadual saya masuk set memang lepas habis sekolah.

"Waktu senggang di set biasanya saya akan gunakan untuk menyiapkan kerja sekolah serta mengulang kaji pelajaran," ujarnya.

Rafique sebelum ini pernah membintangi beberapa buah drama termasuk Khilaf Yang Tertulis, Mihrab Cinta Zulaikha dan Khunsa.

Pelakon cilik ini juga membintangi filem terbaharu Memoir Seorang Guru dan selain bakal muncul dalam karya arahan Syamsul iaitu The Original Gangster.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain