suria

Perangai ‘gila-gila’ tapi rajin jamu orang makan, kru produksi dedah sikap pemurah Elly Mazlein - “Dia pernah belanja sate tulang”

Kru produksi berkongsi sikap pemurah Elly yang ramai tidak ketahui.

DI sebalik perwatakan gila-gila dan ceria yang dipamerkan, rupa-rupanya pelakon dan penyampai radio Elly Mazlein juga terkenal dengan sikap pemurah.

Berkongsi pengalaman bekerjasama di lokasi penggambaran drama Kampung People, seorang kru produksi dikenali sebagai Rashid mendedahkan aktres berkenaan tidak lokek berbelanja besar demi menyediakan juadah buat rakan sekerja.

Antara kenangan yang diingati Rashid termasuklah ketika Elly yang mesra disapa Kak Lina membeli sate tulang dalam kuantiti banyak untuk dijamu kepada semua kru terlibat.

"Artis yang suka belanja makan adalah Kak Lina Pom Pom (Elly). Ketika penggambaran Kampung People 2, dia belanja sate tulang. Harga juadah itu pastinya mahal.

elly 2

Rashid pernah bekerjasama dengan Elly menerusi drama Kampung People.

"Dia belanja satu set team produksi. Anggaran ketika itu berpuluh orang juga. Semuanya dia belanja," katanya.

Rashid berkongsi perkara tersebut dalam temu bual bersama Lepak Space Podcast yang dikendalikan oleh Syafiq Ikhwan.

Tambah Rashid kebiasaanya Elly akan membeli makanan kesukaannya supaya dia boleh menikmati bersama rakan-rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elly Mazlein tak kuasa gaduh fasal rezeki, ada jawapan tuduhan suka tenggelamkan rakan hos - “Itu sebab kita jangan shaking!”

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein takut ‘Kampung People 2’ tak laku, tapi lega penonton sokong sampai trending - “Mereka ketawa macam nak pengsan”

Malah pelakon itu juga beberapa kali melakukan perkara sama sepanjang mereka bekerja bersama.

"Kalau penggambaran satu drama itu makan masa 30 hari, mungkin ada lima atau enam kali dia akan belanja. Sebab itu rezeki dia murah.

"Selalunya dia akan belanja makanan yang dia sendiri teringin nak makan. Dia akan minta belikan untuk semua orang. Itulah yang baiknya tentang Kak Lina," ujarnya.

ellyy 3

Elly gemar belanja kru produksi makan terutama juadah kegemarannya.

Menurutnya lagi Elly juga seorang yang cukup profesional dan mudah mendalami watak tanpa perlu tunjuk ajar daripada pengarah.

"Dia sangat bagus, seorang artis yang tak perlu nak tunjuk ajar. Apa yang pengarah mahukan, dia akan beri," kongsinya.

Menerusi Kampung People yang menjadi fenomena, ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Rashidi Ishak, Riena Diana dan Hun Haqeem.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain