suria

Pernah ‘hilang’ selepas kematian bapa, Aeril Zafrel derita penyakit misteri... 10 barang pelik keluar daripada badan

Aeril dedah pernah alami pengalaman mistik, siap tak boleh keluar selepas waktu maghrib.

PELAKON dan usahawan Aeril Zafrel mendedahkan dia pernah mengalami sakit misteri selepas kematian bapanya pada tahun 2010.

Aeril atau Suhairil Sunari, 36, berkata, disebabkan perkara itu juga dia terpaksa memperlahankan karier seni kerana kesihatannya terjejas teruk.

Imbaunya, ketika itu dia akan mengalami kesakitan pada seluruh badan apabila tiba waktu senja sebelum mengambil keputusan mendapatkan rawatan secara Islam bagi memulihkan keadaannya.

size NP 1 - 2024-06-09T161625.572

Aeril berkongsi pengalaman mistik yang pernah dilaluinya.

"Kehidupan sebelum apa saya jadi sekarang dan kenapa saya kurang berlakon selama ini semuanya bermula selepas bapa saya meninggal dunia.

"Saya sakit... Selepas waktu Maghrib sahaja saya akan mengalami sesak dada.

"Saya pergi berubat dan macam-macam benda yang keluar daripada badan saya," katanya.

Aeril berkongsi mengenai penderitaannya itu ketika muncul dalam sesi podcast bersama Sera Podcast.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Elly Mazlein tak kuasa gaduh fasal rezeki, ada jawapan tuduhan suka tenggelamkan rakan hos - “Itu sebab kita jangan shaking!”

ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein takut ‘Kampung People 2’ tak laku, tapi lega penonton sokong sampai trending - “Mereka ketawa macam nak pengsan”

Bercerita mengenai rawatan yang dibuat, pelakon filem Abnormal Buas itu mendedahkan pelbagai benda seperti dawai, paku, pisau dan pasir keluar daripada badannya.

Kata Aeril, dia sendiri tidak pernah membayangkan bagaimana benda-benda tersebut boleh masuk di dalam badannya namun bersyukur keadaannya kembali pulih selepas itu.

"Apa saja yang tak keluar... Dawai, paku, kemenyan, setanggi, pisau dan pasir. Lebih daripada 10 barang!

"Saya pun tak pernah bayangkan benda-benda ini, macam mana ia boleh berada dalam badan tapi Alhamdulillah ia berjaya dikeluarkan," ujarnya.

size NP 1 - 2024-06-09T161520.375

Badan Aeril keluar banyak benda aneh sewaktu mendapatkan rawatan.

Walaupun masih terniang-niang keperitan terkena penyakit misteri, namun Aeril memberitahu pengalaman itu sangat membantu jika dia berlakon filem atau drama genre seram.

"Apabila melalui proses berubat, ‘benda itu’ dekat dengan saya. Jadi saya faham perubatannya macam mana.

"Ada watak macam ini saya dah boleh faham sebab sudah melaluinya. Saya sudah berdepan dengan makhluk-makhluk yang cuba menyakitkan saya.

"Ia bukan lagi perkara asing buat saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain