suria

Penyelesaian luar mahkamah gagal, Radhi OAG tak setuju bayar bekas isteri RM300,000

Radhi mengambil keputusan untuk meneruskan kes pukul bekas isteri menerusi prosiding mahkamah.

PENYANYI Radhi OAG tidak bersetuju membayar ganti rugi sebanyak RM300,000 terhadap bekas isterinya iaitu Nur Shahira Ayu Zahiri sebagai penyelesaian luar mahkamah berkaitan kes pukul.

Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 47, berkata, amaun yang diminta disifatkan sebagai terlalu banyak dan memilih meneruskan kes tersebut menerusi perbicaraan di mahkamah.

"RM300,000 itu bagi saya sangat banyak.

"Jadi saya pilih selesaikan kes itu menerusi perbicaraan di mahkamah apatah lagi tuduhan terhadap saya sangat berat.

radhi1 - 1

Radhi menyifatkan amaun yang diminta disifatkan sebagai terlalu banyak.

"Kalau betul saya buat (pukul), saya mengaku. Tapi masalahnya saya tak buat. Jadi teruskan dengan prosedur mahkamah," katanya kepada mStar.

Radhi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya pada Selasa.

Dalam pada itu, Radhi berkata, dia masih berharap agar bekas isterinya menarik semula kes tersebut dan masing-masing meneruskan kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada perkara halang bekas isteri tarik laporan kes pukul, Radhi OAG sangkal setuju bayar RM300,000

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Radhi OAG mengaku tidak bersalah bertindak kasar terhadap bekas isteri... Hanya mampu doa moga diberi kesihatan baik

"Harapan saya mahu selesaikan cara baik. Sepatutnya sebelum ini dia tarik balik kes tapi dia minta saya bayar.

"Bagi saya itu bukan jalannya. Saya tak setuju dan hari ini kita teruskan dengan perbicaraan," jelasnya.

Pada Julai 2023, Shahira memaklumkan tidak akan menarik semula laporan polis berhubung kes berkenaan atas beberapa faktor.

radhi2 - 1

Radhi dan Shahira bercerai pada 2019.

Untuk rekod, Radhi didakwa dengan sengaja mencederakan bekas isterinya dalam kejadian pada 19 April 2022 kira-kira pukul 2.29 petang di Kota Damansara, Selangor.

Penyanyi itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Radhi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 namun bercerai pada 16 Julai 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Aisyah, 8 dan Muhammad, 7 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain