suria

Pandai betul Eidrees jaga penampilan, Anzalna Nasir memang ajar anak jadi pembersih

Anzalna sangat menitikberatkan bab penampilan anak-anaknya.

GELAGAT anak sulung pelakon Anzalna Nasir sedang bersiap sambil menyisir rambutnya di hadapan cermin mencuri perhatian ramai.

Walaupun baru sahaja menginjak usia lima tahun namun Mohamad Eidrees sudah pandai menjaga penampilan diri.

Sebagai seorang ibu, Anzalna, 36, memberitahu dia memang teliti dalam mendidik anaknya termasuk soal kebersihan dan penampilan diri agar sentiasa kelihatan kemas.

"Eidrees memang sangat menjaga penampilan dia, sentiasa bersih, kemas dan wangi.

Copy of Copy of Untitled (1)

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

"Saya memang dah ajar dia sejak kecil sebab saya tak suka anak-anak saya selekeh!," katanya.

Anzalna berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Anzalna menjelaskan ketelitiannya dalam menjaga penampilan anak-anak dicontohi daripada ibunya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit bukan segalanya, anak sulung Anzalna dapat hadiah RM10,000 serta dompet mewah sempena hari jadi ke-5

ARTIKEL BERKAITAN: Tak harap duit suami, Anzalna Nasir berhabis demi anak guna wang sendiri

"Terikut pula perangai ibu saya yang suka menggayakan anak-anak sejak kami kecil sampai sekarang.

"Terima kasih kepada ibu saya, dialah ibu yang terbaik!

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016.

Selain Eidrees, pasangan itu dikurniakan seorang lagi cahaya mata iaitu Mohamad Emirhan yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain