suria

Yasin Sulaiman belum putus asa, kes rayuan pembebasan tuduhan dadah Ogos depan

Yasin masih sabar harungi kes dadah melibatkan dirinya sehingga selesai.

KES rayuan berhubung pembebasan penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman atas tuduhan kes dadah ditetapkan pada 22 Ogos depan.

Penolong Kanan Pendaftar, Azmi Aman ketika ditemui pemberita memberitahu pihak pendakwaan bersetuju memfailkan hujahan bertulis kes tersebut pada 15 Julai manakala hujahan balas pembelaan pada 29 Julai 2024.

"Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada hari sama atau mohon tarikh lain untuk keputusan," katanya.

size NP 1 - 2024-06-11T125152.429

Yasin dilihat semakin sihat berbanding sebelumnya.

Yasin diwakili peguam Ariff Azami Hussein manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim.

Dalam pada itu, Ariff memberitahu pihak pendakwaan mempunyai hak memfailkan rayuan jika kes tidak menyebelahi mereka.

Kata Ariff, ia adalah proses biasa dalam perundangan dan semua pihak menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah bagi membuat keputusan.

"Kita pun ada hak untuk merayu jika tidak berjaya pada perbicaraan sebelum ini dan itu juga hak pendakwaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Yasin Sulaiman anggap prosiding rayuan bazir masa dan tenaga, tulis buku pengalaman di penjara dan Hospital Bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dan bebas 3 tuduhan dadah, tapi Yasin Sulaiman kena masuk Hospital Bahagia

"Ini adalah proses walaupun Yasin pernah beritahu yang dia belum nampak sinar di hujung terowong.

"Proses perundangan perlu dilalui dan kita serah kepada kebijaksanaan mahkamah membuat keputusan," katanya.

Ariff berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Pada 29 November 2023, Yasin menarik nafas lega selepas dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tiga tuduhan kes dadah.

Bagaimanapun dia ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama mana tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

size NP 1 - 2024-06-11T125205.580

Kes perbicaraan Yasin dilanjutkan kepada 22 Ogos depan.

Manakala pada 6 Julai 2022, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Ia selepas pendakwaan memaklumkan pertuduhan mengedar dadah ditarik balik dan penyanyi itu dituduh semula atas pertuduhan baru iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini jam 5.30 petang pada 24 Mac 2022 dan dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain