USAHAWAN Siti Jamumall mengesahkan sudah menamatkan zaman janda apabila melangsungkan perkahwinan dengan personaliti media sosial Aiman Tak Kesah. Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 25, bagaimanapun belum bersedia berkongsi butiran mengenai perkahwinannya dengan Aiman kepada umum. "Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat. Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan," katanya ringkas. Siti sah bergelar isteri buat kali kedua. Siti mendedahan perkara itu menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok miliknya. Aiman yang meninggalkan komen pada hantaran tersebut turut meminta oranv ramai mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat. "Doakan saya dan isteri (Siti) bahagia hingga akhir ayat," tulisnya ringkas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan berita pernikahan itu namun tetap mendoakan yang terbaik buat Siti dan Aiman. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jatuh cinta sebab wajah suami macam Nobita, keperibadiannya pula ikat hati Syasya ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syasya 'rembat' koleksi tudung ibu, perlahan-lahan ubah penampilan... Lebih tenang selepas berhijab Siti dan Aiman didakwa bernikah di Satun, Thailand, pada awal Jun 2024. Sebelum ini, Siti sepatutnya bernikah pada 31 Mei lalu dengan seorang lelaki yang baharu dikenalinya namun majlis itu dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi. Malah, segala persiapan sudah dibuat termasuk jemputan kepada semua tetamu. Namun, Siti mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai pembatalan majlis tersebut. Aiman mohon doa orang ramai agar rumah tangga yang dibina berkekalan sehingga akhir hayat. Untuk rekod, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun bercerai pada Disember 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!