suria

Nampak ‘baby bump’ ketika bersanding, Syasya belum hamil... Berat badan naik sebab bahagia

Peminat mendakwa Syasya sedang berbadan dua selepas kelihatan baby bump ketika majlis resepsinya.

MELIHAT pada perubahan bentuk badannya, ramai menyangka penyanyi Syasya sedang berbadan dua walaupun baru dua bulan melangsungkan pernikahan.

Syasya atau Nor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, bagaimanapun menyangkal dakwaan itu malah tidak menunjukkan sebarang tanda dia sedang hamil.

Kata Syasya, sekiranya ada berita gembira dia pasti akan berkongsi perkara itu kepada peminat.

"Sebenarnya saya tidak buat sebarang pemeriksaan tetapi saya rasa buat masa ini saya belum hamil lagi.

sya2 - 1

Syasya berkongsi kehidupan bahagia selepas berkahwin.

"Setakat ini macam biasa sahaja, saya rasa normal sahaja itu sebab saya tidak buat pemeriksaan.

"Kalau ada insya-Allah saya akan kongsikan kepada semua tapi buat masa ini apa saya boleh katakan tiada lagi (hamil)," katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini timbul dakwaan mengatakan bekas anggota kumpulan Dolla itu sedang berbadan dua selepas apabila kelihatan baby bump ketika majlis resepsi perkahwinannya yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Syasya memberitahu busana pengantin yang digayakan pada malam berkenaan mungkin sedikit ketat dan menyebabkan bahagian perutnya jelas kelihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jatuh cinta sebab wajah suami macam Nobita, keperibadiannya pula ikat hati Syasya

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syasya 'rembat' koleksi tudung ibu, perlahan-lahan ubah penampilan... Lebih tenang selepas berhijab

Tambahnya, kebahagiaan yang dikecapi selepas berkahwin mungkin juga menjadi salah satu faktor membuatkan berat badannya bertambah.

"Mungkin juga sebab baju pengantin yang saya pakai ini agak ketat sikit, jadi nampaklah seperti ada (baby bump) tetapi sebenarnya tidak ada pun.

"Saya ada juga terbaca komen netizen yang kata saya hamil tu. Saya cuma buncit sikit sahaja.

Kalau ada insya-Allah saya akan kongsikan kepada semua peminat.

SYASYA

BEKAS ANGOTA DOLLA

"Saya rasa lepas kahwin kalau gemuk perkara biasa, bahagia makan banyak.

"Saya dengan suami pun selalu keluar cari makan, jadi dah tahulah kenapa badan berisi... Itu sebab saya diam sahaja tak respon dengan komen yang diberikan," ujarnya.

Bercakap soal zuriat, Syasya berkongsi dia dan suami iaitu Nasrullah Mohd Sapie, 23, tidak merancang namun tidak menolak sekiranya diberikan rezeki menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

sya1 - 1

Syasya tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki menimang cahaya mata.

"Saya dan suami tidak mempunyai perancangan tentang cahaya mata tetapi kalau dikurniakan rezeki oleh Allah kami tidak boleh menolak.

"Anak ini kan rezeki, kalau diberi Alhamdulillah. Tapi kalau belum diberi lagi tak mengapa kita cuba.

"Perancangan nak berapa orang anak tu kami tengok berapa rezeki Allah nak beri. Saya terima seadanya," katanya.

Pada 20 April lalu, Syasya mengejutkan peminat apabila melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah selepas mengumumkan pengunduran daripada Dolla.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain