suria

Minta tunda pernikahan punca Azri Iskandar tak jadi kahwin, bukan sebab tak serasi dengan Datuk Noora

Ellie anggap Noora dan Azri tiada jodoh untuk berumah tangga.

TIDAK bersetuju tarikh pernikahan dengan pelakon Azri Iskandar ditunda menjadi punca usahawan Datuk Noora Kay memutuskan hubungan mereka.

Bekas isteri Azri iaitu pelakon Ellie Suriaty, 54, berkata, aktor itu meminta tangguh kerana sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama namun alasan tersebut tidak diterima baik oleh Noora.

“Noora sebenarnya nak satu tarikh tapi tarikh itu tidak sesuai kerana Azri sibuk jalani penggambaran.

Ellie 3

Ellie merupakan orang yang menguruskan perkahwinan Azri dan Noora.

“Jadi pihak Azri minta tangguh selepas saya dan juga ahli keluarga berbincang kami bersetuju.

"Kami tak nak buat majlis dengan tergesa-gesa sebab ini bukan kahwin tangkap basah. Nak tangguh pun tidak lama selepas selesai penggambaran saja," katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Ellie turut berasa kesal apabila Noora memberi alasan tiada keserasian walaupun sudah berbincang mahu berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar tak jadi kahwin, Datuk Noora dedah mereka tak serasi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ellie Suriaty bantu urus perkahwinan Azri Iskandar, pegang janji arwah nenek walau dah bercerai

"Memutuskan hubungan bukan keputusan Azri... Takkan semua nak ikut telunjuk dia?

“Ini bukan kerana tidak serasi tapi sudah tiada jodoh,” katanya.

Dalam pada itu, Ellie ada menyarankan Azri memujuk usahawan berkenaan kerana percaya Noora ingin dipujuk.

Namun idea tersebut ditolak Azri kerana menanggap usianya sudah tidak sesuai dengan percintaan kebudak-budakkan.

Pihak sana nak putus anggap saja tiada jodoh.

ELLIE SURIATY

PELAKON

"Saya ada cakap dengan Azri untuk memujuk Noora tapi dia tidak mahu kerana anggap sudah tidak sesuai pada usia sekarang.

"Masing-masing sudah berusia sepatutnya lebih matang dan memahami kerja tapi bila sudah pihak sana nak putus anggap saja tiada jodoh," kongsinya.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Noora, 48, mendedahkan hubungan cinta bersama Azri sudah berakhir pada penghujung Mei lalu.

Menurut Noora, perpisahan tersebut disebabkan dia dan Azri tidak mempunyai keserasian sebagai pasangan.

ellie 1

Ellie sebelum ini pernah bertemu Noora untuk berkenalan.

Untuk rekod, Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15.

Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 32, Farah Qistana, 30, dan Nur Anis Mastura, 28.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain