suria

Kazim Elias sedia kena kecam, letak 2 syarat sebelum terima tawaran berlakon

Kazim mahu mengubah tanggapan buruk terhadap dunia seni.

TERBUKA untuk menerima lebih banyak tawaran berlakon, penceramah bebas Datuk Kazim Elias bagaimanapun menetapkan syarat-syarat tertentu sebelum memberi kata setuju kepada mana-mana produksi.

Bagi Kazim, 52, penglibatan golongan agamawan sepertinya juga membuktikan industri filem boleh menjadi medium terbaik untuk mendidik masyarkat.

Malah dia juga berhasrat untuk menepis stigma sesetengah golongan yang menganggap kerjaya sebagai penggiat seni melalaikan.

"Jika ada yang mahu panggil berlakon saya tidak ada masalah. Malah saya juga terbuka untuk membawa pelbagai watak dan tidak semestinya sebagai seorang ustaz.

kazim 12

Kazim sedia terima pelbagai watak dalam lakonan.

"Tetapi syarat utama yang saya tetapkan adalah tiada babak bersentuhan antara lelaki dan wanita. Selain itu juga perlu menjaga waktu solat.

"Saya mahu jadikan industri filem ini sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Tanggapan masyarakat juga boleh berubah.

"Jadi mungkin selepas ini saya boleh ajak lebih ramai rakan-rakan ustaz terlibat sebagai pelakon, penulis skrip atau apa sahaja berkaitan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidur asing dengan isteri, Ustaz Kazim berhabis ratusan ribu rawat sakit misteri

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi ceramah 2 jam dah boleh balik, Ustaz Kazim mengaku berlakon lagi susah dan penat

Kazim berkongsi perkara itu ketika mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul Zim Zim Ala Kazim yang bakal memulakan tayangan pada 13 Jun ini.

Mula melangkah secara serius dalam bidang lakonan, Kazim juga sudah bersedia dengan pelbagai padangan buruk serta kecaman netizen yang mungkin kurang senang melihat seorang tokoh ilmu agama terlibat dengan dunia seni.

Mungkin lima tahun akan datang baru orang akan nampak alasan saya buat begini.

DATUK KAZIM ELIAS

PENCERAMAH BEBAS

"Saya sudah terlibat dalam bidang dakwah selama 34 tahun. Pelbagai cabaran yang telah saya hadapi termasuk orang tidak suka.

"Begitu juga dalam dunia lakonan ini, pastinya akan ada yang mula kecam apabila saya berlakon. Mungkin lima tahun akan datang baru orang akan nampak alasan saya buat begini," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang filem arahan Mawi itu, kata Kazim karya berkenaan diolah dari kisah sebenar dirinya yang pernah mengalami sakit misteri.

kazim 13

Kazim kongsi kisah peribadi dalam filem Zim Zim Ala Kazim.

Kazim juga dalam masa sama berharap lebih banyak produksi yang mahu menerbitkan kisah hidupnya sebagai bentuk pengajaran kepada orang ramai tentang perbuatan syirik.

"Banyak lagi kisah yang boleh saya ceritakan. Jika ada produksi yang mahu terbitkan, saya sedia untuk berkongsi.

"Apa yang saya harapkan kisah-kisah ini juga dapat memberi pengajaran berguna kepada penonton," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain