suria

[V] Kak KM mahu upah pengawal peribadi kacak, suami pula tak bagi sebab cemburu

SUSULAN trauma dengan kes rumahnya dipecah masuk perompak, usahawan Kak KM ada bercadang mengupah pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya.

Kak KM atau Liana Rosli memberitahu selepas meluahkan hasrat tersebut ramai menghantar permohonan kepadanya.

“Baru sahaja beritahu nak cari pengawal peribadi, tak sangka pula ramai yang memohon tapi saya ini memilih orangnya.

size NP 1 - 2024-06-11T172220.542

Kak KM masih trauma dengan kejadian kes rompakan rumahnya.

“Saya tak suka orang yang banyak bercakap dan sukar memberi komitmen terhadap kerja,” katanya kepada mStar.

Selain dua perkara itu, Liana juga mahu mencari pengawal peribadi lelaki.

Namun disebabkan suaminya iaitu Razman Ramli berasa cemburu, dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.

“Suami cakap tak perlu upah pengawal keselamatan dan biar dia saja jaga saya. Saya kata tak boleh sebab siapa pula nak jaga anak dekat rumah?

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM masih trauma insiden rompak, kecewa wang RM400,000 gagal dikesan

ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM mengaku rumah kena pecah masuk, syukur polis berjaya jumpa barangan RM2.1 juta dalam sungai

“Saya nak pengawal lelaki. Takkan perempuan. Nanti saya pula kena jaga dia.

“Lelaki saja boleh lindungi wanita dan kalau boleh biarlah sedap mata memandang dan rupanya elok. Suami pula cemburu, sudahnya tak payah ada pengawal peribadi,” ujarnya.

Liana sebelum ini mengesahkan dia adalah ahli perniagaan yang membuat laporan polis berhubung kejadian rumahnya dipecah masuk membabitkan kerugian bernilai RM3.5 juta.

size NP 1 - 2024-06-11T172206.608

Kak KM bersama suami dan empat orang anaknya.

Pada kejadian 4 Mac itu, sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik usahawan terbabit.

Penahanan empat individu terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki itu membawa kepada penemuan barang kemas milik usahawan berkenaan di sebuah rumah di Batu Pahat, Johor yang dianggarkan RM2.1 juta.

Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti besi mengandungi jongkong emas dan wang RM3 juta dilarikan bersama beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barangan kemas milik ahli keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain