PELAKON Aedy Ashraf tidak berasa cemburu apabila Sharnaaz Ahmad berkongsi foto bersama teman istimewanya iaitu Amelia Henderson berserta kapsyen pujian di Instagram. Menganggap Sharnaaz sebagai seorang abang, Aedy, 30, berkata apa yang dilakukan aktor itu merupakan perkara biasa sesama rakan industri dan tidak perlu diperbesar-besarkan. "Janganlah marah (netizen) Sharnaaz, dia adalah abang untuk saya dan Amelia. Dia punya teguran atau pun pujian itu membina. Aedy ditemui ketika sidang media pengumuman barisan pelakon Kapla High Council. "Tak perlu nak marah-marah Sharnaaz. Saya dan dia pun sudah seperti adik, abang. Kami juga ada berbalas komen di Instagram dan Direct Message (DM). "Saya menghormati dia sebagai seorang pelakon dan juga abang. Kami semua sama-sama satu industri dan saya pun tidak nampak maksud lain ketika dia membuat posting pujian itu," katanya kepada mStar. Aedy memaklumkan perkara itu ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem Kahar Kapla High Council bertempat di Lumi Tropicana, Petaling Jaya pada Selasa. Sementara itu, Aedy berkata dia tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang negatif dan Amelia juga berhak menerima pujian mengenai lakonannya daripada rakan industri. ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf tak berkira soal bayaran, lebih puas dapat bekerja dengan pelakon hebat ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf tiada SPM, berhenti sekolah ketika usia 16 tahun... Pilih kerja berbanding pelajaran sebab keluarga susah "Saya rasa biasalah, mereka (netizen) nak cakap apa pun mereka boleh cakap. Tapi saya tidak nampak benda itu sebagai satu perkara yang negatif. "Sebaliknya bagi saya ia positif dan Amelia juga merupakan pelakon yang bagus. Jadi siapa-siapa yang mahu memujinya sudah tentu, dia layak untuk menerima pujian itu. "Sekarang orang sudah mula nampak lakonannya semakin bagus dan dia berhak untuk menerima pujian,” katanya. Aedy sentiasa menyokong kerjaya Amelia. Sebelum ini, Sharnaaz mencuri perhatian apabila memuat naik gambarnya bersama Amelia menerusi Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Sharnaaz yang segak memakai busana warna sedondon bersama Amelia membuatkan ramai mengatakan Amelia kelihatan sesuai bersama aktor itu. Bagaimanapun ada juga komen kurang enak menuduh Sharnaaz seolah-olah tidak menjaga hati Aedy yang merupakan teman istimewa aktres itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!