suria

Netizen kecewa Siti Nurhaliza muncul di konsert David Foster, peminat Indonesia pula anggapnya ‘hero’

Persembahan Siti dan David menerima pelbagai reaksi netizen.

KETIKA ramai mengkritik keputusan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima undangan mengadakan persembahan bersama komposer David Foster di Jakarta, Indonesia pada malam Sabtu, peminat di sana menyifatkan penyanyi tersohor itu sebagai pahlawan.

Siti atau Siti Nurhaliza Taruddin, 45, disifatkan sudah menyelamatkan air muka penganjur konsert Hitman Returns - David Foster and Friends' bagi menggantikan penyanyi Jessie J yang menarik diri pada saat akhir.

Walaupun tidak mempunyai banyak masa melakukan latihan, kemunculan Siti menerusi lagu I Will Always Love You nyanyian asal Whitney Houston berjaya memukau penonton di Indonesia.

Peminat di negara jiran itu memuji sikap profesional Siti dan kemampuannya memberikan persembahan mantap walaupun dijemput disaat akhir.

siti1 - 1

Peminat pertahankan tindakan Siti selepas menerima tawaran David.

"Hero sebenar, Siti menyelamatkan situasi.

"Siti sangat profesional padahal dia hanya artis pengganti tetapi persembahan yang diberikan sangat matang dari segala aspek.

"Undangan saat akhir, tak banyak waktu untuk buat persiapan cuma sehari sahaja tetapi masih boleh berikan persembahan terbaik.

"Orang Indonesia sangat menghargai Siti kerana dia juga menghargai peminat di sini. Siti sangat dihormati malah namanya lebih besar daripada artis-artis Indonesia yang lain," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tercapai impian Siti Nurhaliza nak beli kereta mewah Range Rover, peminat tumpang bangga... "Kalau TokTi tunjuk kita boleh terima"

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja saksi kebaikan Siti Nurhaliza dan Datuk K, bayar RM90,000 siapkan rumah selepas ditipu kontraktor

Sebelum itu, timbul kontroversi apabila Siti menerima tawaran untuk membuat persembahan bersama David.

Gerakan Boycott, Divestment, Sanctions Malaysia (BDS Malaysia) turut kesal penyanyi dengan penyertaannya kerana David merupakan penyokong kuat rejim Zionis.

David juga didakwa sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera Israel termasuk acara yang dianjurkan oleh`Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).

Susulan itu, ramai mula mendesak Siti membatalkan kemunculannya dan meluahkan rasa kecewa apabila penyanyi itu meneruskan persembahan di konsert tersebut.

Ramai menganggap Siti tidak sensitif selain dituduh tidak membuat semakan tentang latar belakang David sebelum bersetuju.

Tinjauan mStar pula mendapati, Siti juga tidak berkongsi sebarang foto atau video persembahannya bersama David di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun, peminat setia penyanyi berkenaan tampil mempertahankan tindakan Siti yang dianggap mempunyai alasan tersendiri ketika menerima tawaran tersebut.

siti2 - 1

Siti dianggap hero menyelamatkan air muka penganjur di Indonesia.

"Bagi saya tidak adil juga nak hentam Siti fasal konsert di Jakarta malam tadi. Dia tidak terlibat pun dalam promosi awal penganjur, dalam poster pun tak ada.

"Siti hanya menjadi pengganti saat akhir selepas Jessie tarik diri. Ada juga rakan artis lain seperti Rossa dan Afgan.

"Benda ini jadi kompleks selagi mana kita tidak berada di tempat Siti. Masa, keadaan dan situasi semua itu memainkan peranan," tulis mereka.

Ogos tahun lalu, Siti pernah berkongsi pentas dengan David menerusi konsert 'Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023' di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain