suria

Sudah lama diam dan bersabar, Hafidz Roshdi minta ‘Keturunan Oyen’ henti fitnah ibunya

Hafidz tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada penyebar fitnah.

PELAKON Hafidz Roshdi memberi amaran kepada individu dikenali sebagai 'Keturunan Oyen' agar berhenti menyebarkan fitnah terhadap ibunya iaitu Haniza Mohd Jabar.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 30, berkata, dakwaan yang dibuat terhadap ibunya adalah fitnah dan sebagai anak dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan bagi menegakkan keadilan.

"Kepada individu yang menggelarkan dirinya sebagai Keturunan Oyen, saya menyarankan agar anda berhenti serta merta daripada menyebar fitnah ke atas ibu saya dengan menyiarkan tuduhan palsu dan menjijikkan.

hafidz1 - 1

Perkongsian yang dimuat naik Hafidz di Instastory miliknya.

"Pihak saya sedang membawa perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menegakkan keadilan," katanya.

Hafidz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Tidak menjelaskan punca perkara sebenar yang berlaku, Hafidz meluahkan rasa kesal dengan apa yang menimpa dan mengambil tanggungjawab bagi mempertahankan hak ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu cari rezeki halal demi nafkah anak-anak, Hafidz Roshdi dihina kerja Lalamove

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengikut hantar mesej perbualan bekas ibu mentua, Nurul Shuhada terkejut tapi tak mahu simpan dendam

Kata Hafidz, selama ini dia banyak berdiam diri dan bersabar dengan pelbagai tohmahan dilemparkan kepadanya namun apabila membabitkan ibunya dia perlu bertindak.

"Seperti yang boleh dilihat di media sosial, ibu Hafidz galak difitnah dan dicerca. Saya terkilan dengan apa yang terjadi dan menjadi satu kewajipan untuk saya menepis semua tuduhan dan fitnah dilemparkan kepada ibu.

"Selama ini saya selalu memilih untuk berdiam diri dan bersabar tetapi bila ibu disentuh, saya perlu bertindak," ujarnya.

Pelakon drama Ku Punya Hati bagaimanapun memohon agar mana-mana pihak yang memuat naik hantaran mengenai fitnah terhadap ibunya di media sosial memadam semula kandungan yang dibuat.

hafidz2 - 1

Hafidz mahu menuntut keadilan buat ibunya.

Kata Hafidz, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat.

"Kepada pihak yang menaikkan hantaran (fitnah) di blog dan semua media sosial, sila turunkan artikel yang mengandungi gambar ibu Hafidz dalam tempoh 24 jam.

"Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh yang diberi, saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan hak saya bagi mengambil tindakan undang-undang," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain