GELAGAT anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B menyambut hari bapa pada 16 Jun lalu mengundang rasa sebak netizen. Mana tidaknya Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, membuat kejutan kepada ibunya dengan menyerahkan sebiji kek yang tertera tulisan selamat hari bapa. Kata Cik B, dia tidak mempunyai bapa untuk menyambut hari bermakna itu dan menyifatkan Vida adalah segala-galanya untuknya. Vida terkedu dengan jawapan Cik B. "Sebab Cik B tiada ayah... jadi nak letak apa? Selamat hari bapa buat ayah yang tiada? "Mama adalah ayah, ibu, kakak, kawan dan semuanya," katanya. Cik B berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya yang turut memaparkan reaksi Vida terkejut dengan tidakannya itu. "Kenapa selamat hari bapa kepada mama?" soalnya Vida. ARTIKEL BERKAITAN: Cik B beli kereta mewah nombor plat CB111 sempena hari lahir, netizen puji hebat pakai duit sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Cik B sedih tak dapat duit raya, bukan minta RM100 cuma mahu rasa kemeriahan Aidilfitri Malah Cik B juga memberikan ciuman mesra kepada Vida sebagai tanda dia menghargai ibunya itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya tentang keberadaan sebenar bapanya. Mereka juga turut meluahkan rasa sebak dengan luahan Cik B. "Ayah dia red flag sebagai ayah ke? Rasa nak tahu. Vida merupakan ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata. "Sebak dengar luahan Cik B sampai Vida pun tak mampu gelak," antara komen netizen. Untuk rekod, Vida sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan penceraian. Hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin iaitu bapa kepada Cik B dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. Bagaimanapun, anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 3 Ogos 2013. Vida kini membesarkan dua anaknya iaitu Cik B, dan Eric Zaquan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!