KELIBAT penyanyi rap Kanye West dan isteri Bianca Censori menaiki penerbangan komersial kelas ekonomi mencuri perhatian peminat. Menerusi rakaman yang tersebar, pasangan itu dilihat bersesak dengan penumpang lain ketika ingin pergi ke tempat duduk mereka. Penyanyi berusia 47 tahun itu menggayakan pakaian serba putih dilihat tidur sepanjang penerbangan sementara Bianca meluangkan masa bermain telefon miliknya. Kanye (kiri) turut memakai pakaian yang menyerupai jubah mandi di Lapangan Terbang Narita, Jepun. Pengguna TikTok yang memuat naik video tersebut meluahkan rasa teruja melihat kelibat penyanyi lagu All Mine itu dalam persalinan jubah mandi. "Tak sangka saya melihat Kanye seperti sewaktu dia keluar dari bilik mandi," katanya. Rata-rata netizen turut memberikan reaksi teruja apabila melihat pengasas jenama Yeezy itu tampil sederhana dengan menaik penerbangan komersial. "Menaiki pesawat kelas ekonomi dengan pakaian seperti itu (jubah mandi) sangat ikonik. ARTIKEL BERKAITAN: Hantar video lucah dan paksa bekas pembantu tanggal baju, Kanye West berdepan tuduhan gangguan seksual ARTIKEL BERKAITAN: Mahu tiduri isteri Barack Obama, netizen minta Kanye West pindah duduk dalam hutan "Beruntungnya awak boleh rakam video Kanye di dalam pesawat," tulis netizen. Video tersebut dipercayai dirakam pada hari sama Kanye dan Bianca tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. Sejak hilang status billionaire pada 2022, Kanye dilihat mula menjalani kehidupan sederhana selain kini menetap di sebuah apartment. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!