TIADA angin tiada ribut, usahawan sensasi Liana Rosli tampil dengan imej bertudung sekali gus menimbulkan pertanyaan dalam kalangan pengikutnya. Menjawab persoalan mengenai imej itu, Liana menjelaskan dia berhijab sebagai persediaan bakal menunaikan umrah di Tana Suci Makkah tidak lama lagi. “Selamat pagi, comel tak? Beribu DM masuk kata cantiknya macam bidadari syurga. Tapi bagi saya apalah guna kalau kau cantik tapi tak dihargai. Liana bercadang mahu menunaikan umrah pada 7 Julai nanti. “Manalah tahukan, betul-betul memang nak berhijab. Doakanlah saya. Saya sebenarnya bertudung ni sebenarnya saya nak pergi umrah. Insya-Allah pada 7 Julai ini," katanya. Liana berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada pagi Selasa. Bagaimanapun usahawan itu tidak berkongsi lanjut mengenai mengapa secara tiba-tiba mahu menunaikan umrah. “Apa yang buatkan saya nak pergi, nanti saya cerita,” jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Kak KM menangis syukur anak dapat keputusan cemerlang SPM, berkat doa solat hajat setiap hari ARTIKEL BERKAITAN: “Allah tempat saya mengadu” - Kak KM tahan air mata, bisnes mula terganggu gara-gara banyak produk tiruan Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji Liana bertudung dan mendoakan urusan untuk ke Tanah Suci dipermudahkan. "Cantiknya Kak KM bertudung, semoga urusan untuk Tanah Suci dipermudahkan. "Semoga Kak KM kekal berhijab, apapun semoga dipermudahkan urusan. "Masya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusan Kak KM," tulis netizen di ruangan komen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!