suria

Perkahwinan lebih indah berbanding percintaan, Watie banyak berubah sejak kenal Shuib

Shuib dan Watie menyambut ulang tahun perkahwinan pertama.

GENAP setahun berumah tangga, usahawan Watie Hanifiah memberitahu suaminya iaitu pelawak Shuib berjaya mengubah dirinya menjadi seorang wanita lebih baik.

Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, antara perubahan ketara dilakukan adalah mengubah cara berpakaian dan mula menutup aurat sejak berkawan dengan Shuib.

"Terima kasih sebab selalu nampak kebaikan dalam diri saya yang serba kekurangan.

"Terima kasih sudi jadi suami saya, bimbing saya dari saya seksi sampai sudah bertudung... Terima kasih selalu puji saya cantik walau kadang-kadang saya selalu comot.

watiee1 - 1

Watie berkongsi momen indah bersama Shuib.

“Terima kasih selalu puji saya isteri yang baik walaupun daddy tak pernah berpeluang dapat merajuk," katanya.

Watie berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan terima kasih buat pelawak itu kerana memberi kebahagiaan dan membuktikan bahawa alam rumah tangga lebih indah daripada percintaan.

Sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka, Watie turut mendoakan agar Shuib terus menjadi bapa dan suami yang baik kepada mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang hanya berkurung dalam bilik hotel, anak-anak ikut percutian ulang tahun pertama perkahwinan Watie dan Shuib

ARTIKEL BERKAITAN: Watie bingkai duit raya RM5,000 pemberian Shuib, mahu jadikan ia khazanah

"Terima kasih sebab sudah buktikan pada saya kahwin itu lebih seronok daripada bercinta. Tiada kata yang lebih indah selain kata pujian daripada suami tercinta.

"Saya selalu rasa bersyukur Allah izinkan saya celik mata bangun tidur dah ada suami disebelah.

"Jika satu hari nanti saya sudah tiada, daddy baca kapsyen IG saya selalu okay? Semoga daddy terus kekal jadi ayah dan suami yang baik macam ini sampai hujung nyawa," ujarnya.

Tambah usahawan itu lagi, Shuib merupakan lelaki yang dapat menerima segala kekurangannya dan sering mempertahankan dia meskipun ketika itu baru empat bulan berkenalan.

"Suatu masa yang lalu, disaat semua mata memandang saya takkan mampu buat sesuatu yang baik, jadi terbaik tetapi daddy selalu yakin dengan saya.

watiee2 - 1

Watie bersyukur dikurniakan suami yang baik seperti Shuib.

"Daddy selalu pertahankan saya walaupun saat itu daddy baru kenal saya empat bulan," katanya.

Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.

Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain