suria

Syarikat pengurusan berdegil tak nak bayar hutang, Naufal Azrin beri tempoh 2 minggu - “Jangan bagi alasan keluarga susah atau sakit”

Kali ini Naufal tegas bersuara tuntut hutang.

PENYANYI Naufal Azrin memberi tempoh dua minggu kepada bekas syarikat pengurusannya untuk melangsaikan hutang yang masih tertunggak.

Naufal atau Ahmad Naufal Azrin, 26, juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya pihak tersebut tetap berdegil.

"Saya bagi masa dua minggu untuk kita jumpa dan selesaikan perkara ini. Kalau tidak saya akan cari cara... Paling tidak awak ditangkap sebab rembat duit orang.

naufal 2

Naufal mahu jalan penyelesaian isu hutang.

"Saya bukan jenis banyak cakap. Saya lebih suka menggunakan kekerasan tapi kalau buat macam itu, saya juga yang kena nanti," katanya.

Naufal mendedahkan perkara tersebut di Instastory miliknya pada Ahad.

Ini bukan kali pertama Naufal meminta pihak tersebut melunaskan hutang malah pernah meluahkan perkara sama beberapa bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat video tuntut hutang, Naufal Azrin tiada niat sindir sesiapa... Isu dengan syarikat pengurusan hampir selesai

ARTIKEL BERKAITAN: Isma Sane sudah hilang sabar, hampir 5 tahun tuntut hutang RM30,000 tiada hasil... Mahu terjah rumah bekas bos

Dipercayai syarikat yang menguruskan beberapa artis muda itu sudah tidak lagi beroperasi.

Dalam pada itu, Naufal memberitahu dia sudah cuba menghubungi pihak berkenaan namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Kata Naufal, dia tetap akan menuntut haknya sebagai artis dan tidak akan menerima sebarang alasan wang miliknya tidak dibayar.

Saya lebih suka menggunakan kekerasan tapi kalau buat macam itu, saya juga yang kena nanti

NAUFAL AZRIN

PENYANYI

"Saya tak kisah kalau orang lain yang kena (tipu) tidak mahu ambil duit mereka. Saya peduli

"Jangan bagi alasan keluarga susah atau sakit sebab cara itu sudah tidak berfungsi dalam akal saya," tegasnya.

Naufal memberitahu dia juga nekad untuk mendedahkan perkara tersebut dan berharap ada pihak lain dapat membantu menjejaki pengurusan syarikat berkenaan.

naufal 3

Naufal kesal isu hutang masih belum selesai.

"Saya nampak awak tak pernah kena hukuman apa-apa dan sebab itu awak masih berani buat benda bodoh ini.

"Saya guna kaedah media sosial supaya ada orang boleh bantu," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain