suria

Muntah tak henti-henti, buah pinggang anak Eyra Hazali kering

Endra (kanan) dimasukkan ke hospital akibat muntah tanpa henti.

ANAK kedua pelakon Eyra Hazali iaitu Endra Haqimie dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas mengalami muntah tanpa henti sejak malam Jumaat.

Eyra atau Hazirah Qasdina Hazali, 25, memberitahu hasil pemeriksaan mendapati buah pinggang Endra dalam keadaan kering.

"Assalamualaikum semua. Tolong doakan Endra. Tak berhenti muntah dari malam semalam (Jumaat).

eyraa - 1

Eyra memohon orang ramai mendoakan kesembuhan buat Endra.

"Keputusan (pemeriksaan) yang kami dapat buah pinggang Endra dah kering sangat," katanya.

Eyra berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, aktres berkenaan terus positif dengan memberitahu dia yakin selepas menerima rawatan anaknya itu pasti akan kembali sihat seperti sedia kala.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir dapat kembar, Eyra Hazali umum hamil anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali persoal penjelasan Ruhainies dan Aliff Aziz, netizen pun rasa macam tak masuk akal - "Dia ingat kita tak tengok 999 ke?"

"Insya-Allah dengan rawatan selanjutnya, dia (Endra) akan baik-baik sahaja dan sekarang masih dalam pemantauan doktor," ujarnya.

Usaha mStar menghubungi Eyra bagi mendapatkan perkembangan terkini Endra tidak berjaya apabila panggilan dan mesej yang dibuat tidak dijawab.

Untuk rekod, Eyra bernikah dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2 tahun.

Pada 29 Mei lalu, Eyra berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia kini sedang hamil anak ketiga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain