PELAKON Kodi Rasheed berlapang dada apabila kerap kali namanya dipinggirkan pihak penerbit berikutan tidak memiliki wajah kacak seperti aktor lain. Kodi atau Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed, 33, sebaliknya berkata dia percaya pada rezeki dan pasti ada hikmah di sebalik perkara itu. Meskipun bakatnya dipandang sepi namun dia tetap tumpang gembira melihat kejayaan rakan-rakan seangkatannya. Kodi kongsi luahan hatinya. "Jangan risau aku okay. Sebab aku tahu rezeki aku Allah sudah susun. "Aku gembira tengok sahabat lain terbang tinggi dan aku gembira sekiranya orang atasan (penerbit) yang tak percaya dekat aku untuk kerjasama kerana akan ada hikmah sebaliknya. "Insya-Allah nanti kita jumpa dekat atas okay," kongsinya. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih tiga bulan tiada tawaran, Kodi Rasheed mahu beralih belakang tabir ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin Bukan Halangan Kodi Rasheed Aktif Sebagai Pelakon Kodi berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya. Dalam hantaran tersebut, Kodi juga berkongsi beberapa perbualan alasan pihak atasan tentang rupa paras dan pengikut media sosialnya. "Muka Kodi boleh jual ke? Pengikut Kodi tak ramai! Kodi pilihan terakhir kalau pelakon lain tak ada masa dan kalau letak muka Kodi dekat poster boleh tarik penonton ke?," antara kata-kata diterimanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji bakat lakonan yang dimiliki Kodi. Peminat sentiasa kagum dengan bakat dimiliki Kodi. Malah mereka juga mengakui tidak terlepas menonton setiap drama lakonannya. "Kalau ada Kodi mesti aku tengok cerita itu. Kita tengok kualiti dan cara dia berlakon. Mesti filem itu berkualiti. "Dia ini selalu dipandang rendah tapi bila berlakon mesti bagi yang terbaik. "Cuba ambil Kodi jadi hero, teringin nak tengok asyik muka sama saja," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!