suria

Foto Fazura dan anak ‘wallpaper’ telefon, keluarga nombor satu buat Fattah Amin

Fattah dan Fazura sentiasa luangkan masa bersama Fatima.

PELAKON Fattah Amin menyifatkan isteri dan anak perempuannya adalah dua individu paling penting dalam kehidupannya dan sentiasa mengutamakan mereka berdua.

Walaupun sibuk dengan aktiviti seni, Fattah berkata, mereka sentiasa ada dalam ‘pandangan’ apabila meletakkan foto isteri iaitu Nur Fazura dan anak perempuan mereka Fatima sebagai penghias skrin telefon miliknya.

“Keluarga adalah nombor satu bagi saya dan ke mana-mana ini adalah wallpaper saya... Gambar Fatima dan Mummy dia.

ff 1

Fattah sentiasa pandang wajah Fazura dan Fatima di telefon bimbitnya.

“Gambar ini sudah lama sejak Fatima berumur dua tahun. Saya tak pernah tukar.

“Bila ada penggambaran inilah jadi peneman kerana kita selalu tengok telefon,” katanya.

Fattah berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama Pa&Ma yang dimuat naik di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura respon pertanyaan mana Fattah Amin, pilih tak kongsi hal peribadi - “Ada di rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura, Fattah tak rancang tambah anak... Enggan ganggu komitmen kerja

Kenyataan itu muncuri perhatian ramai apabila temu bual yang dibuat sekitar Jun lalu sekali gus menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul melibatkan pasangan berkenaan sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Fattah memberitahu dia dan Fazura sentiasa akan mencari peluang untuk meluangkan masa bersama walaupun sibuk dengan aktiviti seni.

"Kalau masing-masing sibuk kami akan mencari masa untuk makan sekali dan melayan Fatima.

fff

Pelbagai spekulasi berkenaan hubungan Fazura dan Fattah sejak akhir-akhir ini.

"Sibuk macam mana sekali pun kami akan cari masa kerana ia boleh eratkan lagi hubungan keluarga," kongsinya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain