suria

Mengadu sesak nafas, Ali XPDC kena serangan jantung

Ali mengadu sesak nafas sebelum dibawa ke hospital.

VOKALIS kumpulan XPDC iaitu Ali mengalami serangan jantung selepas mengadu sesak nafas pada pagi Rabu.

Isteri Ali iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned memberitahu suaminya dikesan mengalami serangan jantung ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.

"Suami mengadu sesak nafas pagi tadi dan saya terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

ali xpdc 2

Isteri Ali berkongsi keadaan suaminya.

"Ketika di unit kecemasan, pihak hospital melakukan ujian ECG (Elektrokardiogram) dan mengesan dia terkena serangan jantung.

"Ali ditahan di wad untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut. Buat masa sekarang saya masih belum dimaklumkan rawatan apa pihak hospital akan lakukan," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Dalam pada itu, Sharifah berkongsi keadaan Ali ketika ini stabil walaupun masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali XPDC alami sesak nafas akibat serangan anxiety, Exco Selangor terus bawa ke hospital

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak puas hati tak dapat tarik”... Ali XPDC masih boleh menyanyi, amal makanan sunnah untuk cepat sihat

Sharifah memberitahu mereka sudah berada di Ipoh, Perak sejak seminggu lalu bagi mendapatkan rawatan alternatif.

Ketika bertemu seorang ustaz, dia memberitahu Ali mempunyai masalah terhadap organ dalaman dan menasihatkan agar dia mendapatkan rawatan di hospital.

ali xpdc 3

Ali berdepan masalah kesihatan sejak dua tahun lalu.

"Setakat ini dia masih boleh berjalan dan makan seperti biasa. Saya lihat keadaannya stabil walaupun menggunakan alat bantuan pernafasan.

"Saya dan Ali cuba mendapatkan rawatan alternatif dan seorang ustaz memberitahu ada masalah organ dalaman," jelasnya.

Ali mula mengalami masalah kesihatan sejak Ogos 2022 selepas rebah secara tiba-tiba.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain