PELAKON dan pengacara Sean Lee tidak berniat menyembunyikan perkahwinannya dengan model Bay Doucet yang berlangsung pada Ahad lalu. Sean atau Lee Jia Ern, 30, sebaliknya berkata, dia dan Bay mahukan sebuah majlis perkahwinan bersifat peribadi yang hanya disaksikan oleh kaum keluarga dan rakan terdekat. "Kami berkahwin pada 7 Julai lalu dengan majlis resepsi intim dihadiri 200 tetamu di sebuah restoran. Saya dan Bay mahukan sebuah majlis bersifat peribadi, memandangkan ini kali pertama kami menunjukkan hubungan secara terbuka. "Hubungan kami sebenarnya bukan rahsia sebaliknya keluarga dan teman rapat mengetahui mengenainya. Saya menghargai mereka menghormati privasi kami berdua. Sean sebelum ini mahu menyimpan privasi tentang hubungannya dengan Bay. "Dalam pekerjaan kami banyak berkongsi perkara secara terbuka, jadi saya rasa lebih baik simpan beberapa perkara untuk diri sendiri," katanya kepada mStar. Berkongsi perkenalannya dengan Bay, Sean memberitahu mereka sebenarnya sudah lama berkawan di media sosial namun jarang berkomunikasi. Bagaimanapun kata pelakon drama Sweet Dreams ini, dia memberanikan diri menghantar mesej peribadi (DM ) kepada Bay, 26, di Instagram dan selebihnya adalah sejarah buat mereka berdua. "Kami mengikuti satu sama lain di media sosial selama bertahun-tahun tetapi jarang berkomunikasi. ARTIKEL BERKAITAN: Sean Lee tamat zaman bujang, pilih model sebagai isteri ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Sean Lee jadi perhatian peminat... Rupanya seorang introvert, ada perniagaan sendiri selain bergelar model "Sehinggalah pada satu hari saya memberanikan diri menghantar DM kepadanya... Selebihnya biarlah ia menjadi sejarah perkenalan saya dan isteri," jelasnya. Sean memberithu dia tertarik dengan Bay kerana mereka mempunyai matlamat dan pemikiran serupa tentang perkahwinan. Tidak hanya itu, Sean jatuh hati kerana isterinya itu mempunyai personaliti yang hebat selain berbakat dan kreatif. "Sebelum melanjutkan hubungan ke arah lebih serius kami sudah mempunyai niat untuk berkahwin. Pandangan dan pemikiran kami terhadap percintaan dan perkahwinan serupa atau dalam erti kata lain 'date to marry'. "Saya percaya inilah cara yang sangat baik dalam membentuk sebuah hubungan yang romantik," ujarnya. Sementara itu, Sean dan Bay memberitahu buat masa ini mereka ingin menghabiskan masa berdua dan menyerahkan soal rezeki kepada rezeki. Sean dan Bay berkahwin pada 7 Julai lalu. Ini kerana mereka juga tidak mempunyai masa yang banyak untuk berbulan madu disebabkan tuntutan kerja masing-masing. "Saya harap dapat susun jadual kerja supaya dapat bawa isteri berbulan madu pada akhir tahun ini. "Kami mahy menikmati alam perkahwinan dengan meluangkan lebih banyak masa berdua... Soal rezeki saya serahkan kepada rezeki dan ketentuan Tuhan," katanya. Pada Ahad lalu, Sean membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bergelar suami menerusi beberapa foto perkahwinan di Instagram miliknya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!