suria

Bella Astillah pesan Ayden hormati wanita, anak ‘cahaya’ ketika dalam kegelapan

Ayden merupakan anak sulung kepada Bella dan Aliff.

SEMPENA ulang tahun kelahiran ketujuh, pelakon Bella Astillah berharap anak lelakinya iaitu Ayden Adrean membesar menjadi seorang insan yang melindungi keluarga serta menghormati wanita.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga menyifatkan Ayden adalah sumber kekuatan selepas dia berdepan dengan pelbagai ujian hidup.

“Buat anak lelaki mummy, Ayden Adrean sudah 7 tahun umur Ayden. Banyak yang sudah mummy lalui, tetapi mengapa mummy masih ada kekuatan sehingga ke hari ini, semuanya kerana Ayden.

ayden 12

Besar harapan Bella untuk anak sulungnya.

"Ini sedikit ucapan dari mummy buat Ayden agar jadilah lelaki yang baik, pintar, menghormati perempuan dan melindungi keluarga.

“Kuatkan imanmu anakku dan jadilah seseorang yang berguna dan memberkati orang di sekeliling dalam segala hal. Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak dan menjaga maruah," katanya.

Bella berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram miliknya yang turut memaparkan detik-detik manis semasa membesarkan Ayden.

"Hatiku penuh berkah setiap hari bersamamu. Engkau adalah sinar matahari pada waktu yang gelap," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tahniah bekas sahabat...” - Berjaya runtuhkan rumah tangganya, Bella Astillah ucap terima kasih kepada Ruhainies

ARTIKEL BERKAITAN: Tangisan Bella Astillah nampak real, netizen kagum mampu mengalirkan air mata depan kamera

Tidak hanya itu, dia juga berharap Ayden sentiasa menjadi insan yang menjaga maruah diri dan berakhlak murni apabila dewasa kelak.

Malah dia sentiasa akan mendoakan anaknya itu agar menjadi insan berguna dan disayangi ramai.

"Menjadi orang pintar dan orang yang kaya, orang yang kacak itu adalah bonus, tapi apa jauh lebih penting daripada semua itu ialah Ayden menjadi orang yang baik.

“Mummy akan sentiasa doakan Ayden menjadi insan yang baik, ikhlas dan insya-Allah, pasti ramai akan menyayangimu,” ujarnya.

bella ayden 2

Antara momen dikongsikan Bella semasa membesarkan Ayden.

Selain Ayden, Bella turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Ara Adreana, 4 tahun hasil perkahwinan dengan Aliff Aziz.

Mereka bagaimanapun sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Aliff bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya manakala Bella pula tidak menuntut sebarang mutaah serta harta sepencarian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain