suria

Kapsyen ‘mine’ bersama anak Keith Foo jadi perhatian, Riena Diana belum sedia kongsi berita gembira

Reina belum bersedia untuk berkongsi berita gembira.

PELAKON Riena Diana sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto bersama anak pelakon Keith Foo iaitu Skylar Raymond.

Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan hantaran tersebut dan menyifatkan ia hanyalah sekadar perkongsian biasa.

"Saya tidak mahu komen apa-apa, tak ada apa pun (foto) ia hanya sekadar hantaran di media sosial," katanya ketika dihubungi mStar.

riena1 - 1

Hubungan Riena dan Keith didakwa semakin serius.

Riena berkongsi perkara itu bagi menjawab hantaran foto bersama Keith atau Foo Chuan Chin, 41, dan Skylar yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis Riena iaitu 'Mine, insya-Allah (milik saya)' seperti memberi gambaran mereka akan bersatu sebagai sebuah keluarga.

Ditanya mengenai perancangan sama ada sudah bersedia untuk meneruskan hubungan ke fasa berikutnya, pelakon drama Kampung People ini berkata dia tidak bersedia lagi untuk berkongsi kepada semua.

ARTIKEL BERKAITAN: Datang butik pengantin, ramai ingat Riena Diana dah nak kahwin... "Saya rasa korang semua salah faham"

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan makin mesra, Keith Foo hantar Riena Diana ke masjid tunai solat raya

Kata Riena, dia memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat mereka.

"Saya belum sedia lagi nak kongsi, doakanlah yang terbaik," ujarnya ringkas.

Sebelum ini, Riena mengakui dia sudah menemui kebahagiaan selepas menjalin hubungan mesra bersama Keith.

Saya belum sedia lagi nak kongsi, doakanlah yang terbaik.

RIENA DIANA

PELAKON

Menurut aktres berkenaan, hubungan mereka mula terjalin selepas digandingkan bersama dalam sebuah drama berjudul Salju Rindu.

Untuk info, Keith sebelum ini pernah berkahwin dengan Kim Raymond pada November 2015 namun pasangan ini bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia tujuh tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain