TINDAKAN anggota kumpulan Blackpink iaitu Jennie menghisap rokok elektronik atau vape dalam sebuah video vlog di YouTube miliknya mengundang kekecewaan peminat. Menerusi rakaman berkenaan, Jennie, 28, dilihat memegang alat peranti vape berwarna hitam ketika sedang bersolek sebelum menghalakan pod ke mulutnya dan menghembuskan asap. Susulan itu, video tersebut terpaksa dipadam selepas sedutan memaparkan Jennie merokok tular di media sosial. Klip video berkenaan tular di media sosial. Peminat yang berang dengan perkara itu menyifatkan Jennie sebagai biadab dan pentingkan diri kerana merokok di dalam bangunan sehingga menganggu keselesaan orang lain. Sedar akan kesilapan dilakukan, syarikat pengurusan Jennie iaitu Oddatelier tampil memohon maaf atas tindakan penyanyi itu. ARTIKEL BERKAITAN: Murahnya hati Jennie Blackpink, bagi sumbangan RM350,000 untuk pelajar sekolah di Korea ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi Jennie tak tahu masak nasi, konon nak tunjuk skil sekali jadi bubur Malah penyanyi lagu Solo itu turut meluahkan rasa kesal selain sudah pun memohon maaf kepada semua pihak terlibat. "Kami dengan rendah diri memohon maaf atas tindakan Jennie yang menimbulkan ketidakselesaan kepada semua. "Jennie juga sedar kesalahannya merokok dalam bangunan dan sudah pun bertemu dengan semua staf terlibat untuk memohon maaf secara peribadi," kata wakil syarikat tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!