suria

[V] Keputusan berkahwin perkara tepat, podcast buat Shuk Sahar kembali diterima peminat

Shuk kini bergelar suami kepada Fara (kanan).

SEJAK kebelakangan ini, peminat kembali menyokong dan menyukai pelawak Shuk Sahar terutamanya apabila dia muncul dalam siaran podcast.

Walaupun pernah berdepan pelbagai kontroversi, Shuk atau Muhammad Shukri Mohamed Sahar, 38, yakin orang ramai boleh memaafkan semua kesilapannya jika dia melakukan perkara betul dalam kehidupan.

"Rakyat Malaysia ini tahu kalau kita melakukan sesuatu mereka akan marah tapi kalau kita buat sesuatu untuk memperbaiki keadaan, mereka akan terbuka menerimanya," katanya kepada mStar.

shuk1 - 1

Shuk dan Fara bernikah pada November tahun lalu.

Shuk berkongsi perkara itu ketika majlis pelancaran Dol's Podcast yang bakal menggandingkan dia bersama dua sahabatnya iaitu Shuib dan Fizie.

Dalam pada itu, Shuk berpendapat penerimaan baik orang ramai juga apabila dia memilih untuk menamatkan segala spekulasi dan berkahwin dengan Fara Salleh pada November tahun lalu.

Kata Shuk, keputusan mendirikan rumah tangga adalah perkara tepat dan tiada lagi mengecam mereka di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali kongsi gambar suami di IG, Fara Salleh tinggal pesan sempena hari jadi Shuk Sahar

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar sedia tambah cahaya mata, percaya ada rezeki untuk anak-anak... Kos sara hidup tinggi tak jadi masalah

"Apabila saya dan Fara mengambil keputusan 'settle down' dan berkahwin, kita buat benda yang betul. Kalau jodoh kita panjang, penerimaan orang juga sudah semakin baik.

"Berbanding sebelum ini, orang kalau nampak kami bersama mesti kena kecam. Sekarang kalau kita muat naik apa pun orang sudah tak kecam, orang okay," ujarnya.

Bercakap mengenai Dol's Podcast, Shuk menyifatkan peluang tersebut peluang untuk dia terus kekal aktif dalam dunia seni.

"Sebelum ini saya tak tahu apa punca. Tanpa sebarang surat rasmi, nama saya seolah-olah kena sekat.

"Tetapi saya sedar ia adalah kesan daripada apa yang berlaku kepada saya sebelum ini dan sebagai artis saya kena terima semua itu.

shuk3 - 1

Dari kiri: Fizie, Shuib dan Shuk muncul dengan siaran Dol's Podcast.

"Syukur penglibatan dalam podcast bagai membuka semula peluang dan orang sudah mula kembali menerima saya," jelasnya.

Untuk rekod, Shuk pernah mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun mereka bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain