USAHAWAN Haliza Maysuri terkejut apabila menerima hadiah kereta mewah jenama BMW XM Label Red berharga RM1.6 juta bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya pada Isnin. Haliza, 47, berkata, dia langsung tidak menyangka suaminya iaitu Mohd. Rosli Awang membuat kejutan tersebut memandangkan pernah meluahkan hasrat ingin membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum ini. Jelasnya, dia ingin memiliki SUV untuk memudahkan dia berulang alik ke dusun duriannya di Kampung Peruang, Benta, Kuala Lipis, Pahang. Selain kereta, Haliza terima tasbih emas 916 bernilai RM30,000. "Memang sebelum ini ada hasrat nak beli kereta 'tinggi' sebab nak guna pergi kebun durian tapi tak sangka pula suami belikan kereta BMW edisi terhad berharga RM1.6 juta," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa. Untuk info, sebanyak 500 unit BMW XM Label Red dikeluarkan di seluruh dunia yang mana hanya dua buah kenderaan mewah itu ada di Malaysia. Dalam pada itu, Haliza berkata, dia akan menggunakan kenderaan tersebut untuk berulang-alik ke kebun duriannya. Kata Haliza, dia tidak berasa sayang untuk memandu kereta tersebut ke kawasan kebun kerana lebih takut dosa jika mempunyai harta tetapi tidak digunakan. ARTIKEL BERKAITAN: Haliza Maysuri tak lokek berhabis RM3.5 juta untuk majlis resepsi anak lelaki, gaun menantu dihiasi hampir 200,000 batu Swarovski ARTIKEL BERKAITAN: Kucing kesayangan Haliza Maysuri sarung baju ‘haute couture’, sambut hari jadi Money di butik mewah "Ada harta kenalah digunakan. Kalau tak guna nanti berdosa. "Satu hal pula nak menjawab di akhirat nanti. Beli mahal-mahal, simpan di garaj buat apa?," ujarnya. Tidak hanya sebuah kereta mewah, pemilik jenama Bawal Exclusive ini turut menerima tasbih emas 916 bernilai RM30,000 daripada suaminya. Sementara itu, Haliza turut meluahkan rasa syukur kerana tahun ini dia dan suami turut dijemput Allah untuk menunaikan ibadah haji. Beli mahal-mahal, simpan di garaj buat apa? HALIZA MAYSURI USAHAWAN Kongsi usahawan itu, pada awalnya nama mereka ditolak kerana pernah menunaikan ibadah berkenaan sebelum ini namun menyifatkan ia sebagai rezeki susulan terdapat jemaah membatalkan pemergian mereka. Malah kata Haliza, dia tidak kisah perlu mengeluarkan bayaran setengah juta bagi menunaikan rukun Islam kelima itu pada 8 Jun sehingga 25 Jun lalu. "Awalnya rayuan haji saya ditolak sebab pernah pergi, jadi saya rasa tertekan dan sedih. Itu yang suami nak tempah macam-macam untuk sambutan ulang tahun kelahiran saya. "Tiba-tiba pihak Tabung Haji telefon beritahu ada jemaah batalkan slot mereka. Jadi saya bersyukur sangat dapat tunaikan haji tahun ini dengan bayaran RM250,000 seorang bagi pakej VVIP," jelasnya. Haliza dan suami sewaktu mengerjakan ibadah haji tahun ini. Untuk info, majlis sambutan ulang tahun kelahiran Haliza dihadiri kira-kira 200 tetamu di The St. Regis Kuala Lumpur pada malam Isnin. Malam itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi Dayang Nurfaizah yang mempersembahkan lima buah lagu. Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Datin Seri Umie Aida dan Ifa Raziah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!