suria

Tiada tapisan tayangan di Netflix, Jack Tan jawab babak seks dalam ‘Abang Adik’

Jack berkata tayangan filem Abang Adik di Netflix untuk pasaran antarabangsa.

SELEPAS filem Abang Adik ditayangkan di Netflix sejak 14 Jun lalu, penonton yang pernah menyaksikan karya tersebut di pawagam meluahkan rasa terkejut dengan versi menerusi platform penstriman berkenaan.

Ini kerana terdapat adegan seks lakonan aktor Jack Tan memegang watak sebagai Adik yang dipotong menerusi tayangan di Malaysia.

Menyedari tentang perkara itu, Jack, 33, bagaimanapun menjelaskan tayangan versi tanpa potongan tersebut adalah keputusan pihak penerbit dan sebagai pelakon dia hanya melakukan tugasnya.

size NP 1 - 2024-07-08T115627.793

Jack berkata semua keputusan dibuat oleh pihak produksi.

Kata Jack lagi, versi berkenaan adalah untuk pasaran antarabangsa malah platform tersebut sudah meletakkan klarifikasi umur sebagai panduan penonton.

"Saya ada membaca komen mengenai penonton yang terkejut kerana babak tersebut tiba-tiba ada dalam versi di Netflix.

"Sejujurnya saya tiada komen mengenai perkara itu. Ia ditayangkan di platform berkenaan untuk siaran seluruh dunia dan Netflix juga sudah meletakkan klarifikasi umur untuk tontonan.

"Saya sebagai pelakon hanya melakukan apa dituntut dalam skrip, potongan yang dibuat pula bergantung kepada pengarah," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit jawab dakwaan adegan lucah dalam ‘Pulau’, mahu promosi keindahan pantai dan masyarakat majmuk Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adegan lucah sentuh sensitiviti masyarakat, Amir Ahnaf minta maaf janji tak buat lagi

Menerusi babak berkenaan, Jack dilihat melakonkan aksi hubungan seks dengan seorang wanita sehingga menampakkan punggungnya.

Abang Adik diarahkan oleh Jin Ong mengisahkan tentang dua lelaki tanpa dokumen pengenalan diri mengharungi kehidupan mencabar di Pudu, Kuala Lumpur.

Filem berkenaan menjadi bualan hangat kerana berjaya membuatkan penonton terusik dengan jalan cerita menyentuh hati.

Ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 14 Disember tahun lalu, Abang Adik turut membariskan pelakon seperti Wu Kang Ren, Serene Lim dan Bront Palarae.

size NP 1 - 2024-07-08T115709.432

Jack memegang watak Adik dalam filem Abang Adik.

Dalam perkembangan lain, Jack memberitahu dia bakal muncul dengan naskhah terbaharu iaitu Gold yang bakal menemui penonton di pawagam pada 11 Julai ini.

Jack memberitahu dia teruja dengan filem tersebut kerana ia diinspirasikan daripada kisah benar kejayaan pemain perseorangan badminton paralimpik negara iatu Cheah Liek Hou ketika memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik di Tokyo pada 2020.

Selain Jack, Gold turut dibintangi oleh Farid Kamil, Yasmin Hani, Wan Raja, Fabian Loo, Freddie Ng dan Lynn Lim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain