BELUM reda isu membotakkan kepala, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila berkongsi video seorang wanita sedang berkemban di Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, memaparkan wanita mirip Nonny atau Nonny Nadirah Zainuddin, 34, sedang menari dengan hanya dibaluti dengan sehelai tuala. Bukan itu sahaja, ketika asyik menggoyangkan badan, wanita tersebut dilihat membuka tuala beberapa kali sebelum memakainya semula sambil tubuhnya membelakangi kamera. Nonny memuat naik video tersebut di Instagram miliknya. Bagaimanapun video yang dirakam dalam sebuah bilik gelap hanya diterangi cahaya daripada luar tingkap. Pada penghujung video, wanita itu sempat menunjukkan sekilas wajahnya yang memakai topeng dan berkaca mata hitam. ARTIKEL BERKAITAN: Muat naik video botakkan kepala, perkongsian Nonny Nadirah curi perhatian netizen ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Nonny Nadirah kembali lepas tudung, Mila Jirin hanya mampu panjat doa buat sahabat - “Hanya dia tahu apa sedang dilaluinya” Video berkenaan meraih ribuan tanda suka dan menerima ratusan ribu tontonan selepas 13 jam dimuat naik. Sebelum ini, Nonny mengejutkan ramai apabila memuat naik video dirinya mencukur kepala sehingga botak pada 4 Julai lalu. Setelah sekian lama mendiamkan diri, Nonny tampil dengan video-video yang mengundang tanda tanya netizen malah ada yang berpendapat pelakon itu hanya mahukan perhatian. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!