suria

“Allah uji sebab sayang” - Ruhainies kongsi tips tenang berdepan ujian, yakin rezeki besar menanti

Setiap dugaan dilalui dengan tenang oleh Ruhainies.

KUAT berdepan kontroversi, pelakon Ruhainies menganggap ujian menimpa bukan alasan untuk dia mengeluh atau merasa kecewa.

Bagi Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku pada dirinya kini.

Malah pelakon itu juga yakin dugaan yang datang akan berakhir dengan kebaikan.

ruhainies 2

Ruhainies menjawab pertanyaan pengikut di media sosial.

"Allah baru beri ujian besar sekali, takkan saya nak mengeluh. Saya terima dan reda. Saya bersyukur. Allah uji sebab Dia sayang.

"Saya percaya tiada yang sia-sia. Saya yakin pasti ada rezeki besar Allah sudah aturkan. Tiada badai yang berpanjangan," katanya.

Ruhainies menulis perkara tersebut di Instastory miliknya dalam sesi soal jawab bersama peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Datang mahkamah berasingan, Ruhainies senyum lebar teruja jumpa rakan media - “Saya tak pandai berlakon, menangis depan kamera”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tidak bersalah berkhalwat

Dia berkongsi demikian apabila ditanya tentang cara bersabar tatkala namanya kini sedang menjadi bualan hangat.

Sementara itu, dalam satu hantaran berbeza pelakon ini juga berkongsi lebih selesa mengambil langkah berdiam dan tidak mudah melatah dengan pandangan orang sekeliling.

"Kuasa yang sebenar adalah berdiam dan perhatikan mengikut logik. Jika kata-kata boleh mengawal anda, bermakna semua orang boleh kawal.

ruhainies 3

Ruhainies dan Aliff ketika hadir di mahkamah bagi sebutan kes khalwat.

"Tenang dan biarkan ia berlalu," ujarnya.

Ruhainies kini berdepan pertuduhan berkhalwat denga pelakon Aliff Aziz dalam kejadian yang berlaku di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.

Ketika sebutan kes berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada 3 Julai lalu, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain