suria

Isteri Sean Lee jadi perhatian peminat... Rupanya seorang introvert, ada perniagaan sendiri selain bergelar model

Nama Bay mula menjadi sebutan ramai.

DALAM diam pelakon dan pengacara Sean Lee selamat bergelra suami kepada wanita pilihannya iaitu Bay Daucet dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad.

Tidak pernah berkongsi kisah percintaan mereka sebelum ini, berita perkahwinan Sean dan Bay mengejutkan ramai termasuk peminat apabila pasangan tersebut memuat naik foto hari bahagia mereka di media sosial.

Dalam kejutan dan keterujaan artis pujaan mereka akhirnya bertemu cinta sejati, peminat juga tertanya-tanya tentang latar belakang Bay yang berjaya memikat aktor berkenaan.

sean 2

Bay banyak bekerjasama dengan janam antarabangsa.

Baru berusia 26 tahun, Bay merupakan seorang model yang juga pemilik sebuah butik pakaian prelove di ibu negara.

Dalam satu temu bual bersama The Star, Bay pernah berkongsi bagaimana dia memulakan perniagaan tersebut selepas tamat kontrak sebagai pengurus acara di sebuah syarikat.

Menurut Bay segalanya bermula apabila pandemik Covid-19 mula melanda dunia dan dia memberanikan diri memulakan perniagaan selain terlibat sebagai model.

ARTIKEL BERKAITAN: Sean Lee tamat zaman bujang, pilih model sebagai isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Foto perkahwinan tular, peminat terkejut Ben Ladin sudah bergelar suami - “Dulu layan dia dekat program Idola Kecil”

Bay memberitahu dia sebenarnya seorang pemalu dan penglibatannya dalam dunia perniagaan adalah sebagai salah satu cara dia bersosial dan berdepan dengan khalayak.

"Saya seorang yang pemalu dan introvert, sebab itu memulakan pernigaan adalah satu yang amat penting," katanya.

Malah Bay juga memberitahu dia lebih gemar meluangkan masa di rumah bersama ibu berbanding keluar bersosial bersama rakan-rakan.

Bay Doucet for Life Inspired September cover. — YAP CHEE HONG/THE Star

Bay juga miliki pernigaan sendiri.

Di sebalik perniagaan yang diuruskan, Bay juga merupakan seorang content creator dan banyak bekerjasa dengan pelbagai jenama mempromosikan produk mereka di platform media sosial.

Sementara itu, ramai memuji kecantikan semula jadi dimiliki Bay dan menyifatkan wanita berkenaan pasangan sesuai untuk Sean.

Malah peminat memuji Sean yang bijak merahsiakan hubungan cintanya sehingga membuatkan peminat benar-benar terkejut dengan pengumumannya.

sean 3

Kek perkahwinan Sean dan Bay yang menjadi bualan ramai.

Tidak hanya itu, peminat juga memuji Sean dan Bay yang mengadakan majlis sederhana tetapi penuh makna bagi meraikan hari bahagia.

Pun begitu, ramai cukup tertarik dengan kek perkahwinan pasangan berkenaan yang dihiasi dengan pelbagai jenis buah beri, kelihatan cukup mewah dan menyelerakan.

Pembuat kek berkenaan yang dikenali sebagai Shazwan memberitahu dia sendiri tidak menyangka tempahan diterimanya adalah untuk seorang artis popular.

"Rupanya saya hantar kek kahwin untuk pelakon dan pengacara Sean Lee," ujar lelaki yang dikenali sebagai Shazwan itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain