suria

Aliff Aziz minta maaf pada anak, hanya mampu kirim doa sempena hari jadi

Aliff sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ayden.

SEMPENA ulang tahun kelahiran ketujuh, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa rindu terhadap anak lelakinya iaitu Ayden Adrean.

Aliff atau Mohamad Aliff Aziz, 33, berkata, walaupun berjauhan dan tidak dapat bertemu namun dia sentiasa mendoakan buat anaknya.

"Ayah rindukan awak, lebih daripada awak bayangkan.

aliff aziz anak 2

Aliff berkongsi foto kenangan bersama anak-anak.

"Ayah minta maaf kerana tidak dapat bersama di hari istimewa ini namun doa ayah akan sentiasa menemani.

"Semoga awak terus membesar menjadi anak yang pintar dan kacak," luahnya.

Aliff menulis perkara tersebut dilaman Instagram miliknya pada Isnin berserta gambar kenangan mereka bersama sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak tuntut mutaah dan harta sepencarian, Aliff Aziz serah hak penjagaan penuh 2 anak kepada Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah lama tak jumpa 2 cucu, ibu Aliff Aziz mahu kekalkan ukhwah keluarga - “Sampai kita berjumpa lagi”

Menerusi kapsyen ditulis Aliff juga memberi gambaran dia bersama ahli keluarga di Singapura turut menitip hadiah buat Ayden.

Malah Aliff juga berharap dapat bertemu dua orang anaknya yang kini berada di bawah jagaan bekas isteri iaitu pelakon Bella Astillah.

"Ayah sayangkan awak. Semoga ayah dapat berjumpa awak dan adik dalam masa terdekat," ucapnya.

bella astillah anak 1

Bella mendapat hak penjagaan anak lepas bercerai.

Selain Ayden, Aliff dan Bella mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Ara Adreana, 4 tahun.

Mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Aliff bersetuju menyerahkan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya manakala Bella pula tidak menuntut sebarang mutaah serta harta sepencarian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain