KEGEMBIRAAN bercuti bersama keluarga bertukar tragedi apabila suami penyanyi Sharifah Zarina terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Pulau Pinang selepas menikmati buah durian pada Ahad. Zarina atau Sharifah Zarina Wan Hassan, 42, berkata, dia mula sedar ada sesuatu tidak kena selepas suaminya, Buswani Abdillah mengerang kesakitan selain wajahnya bertukar pucat selepas makan buah berkenaan. Bagaimanapun dia lega apabila doktor memberitahu punca keadaan suaminya itu disebabkan gas durian berlebihan di dalam perut. "Kami makan durian di sebuah ladang di Pulau Pinang. Suami saya mengadu sakit perut sampai keluar masuk tandas. Zarina berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di Instagram. "Saya mula risau tengok dia mengerang kesakitan sambil tunduk dan tidak bergerak dengan muka pucat... Jadi saya terus bawa dia ke hospital berdekatan. "Rupanya doktor beritahu punca dia sakit perut sebab gas durian yang berlebihan dalam perut," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. Zarina sebelum itu berkongsi video di Instagram miliknya menunjukkan dia sedang menemani suaminya yang sedang terbaring di katil hospital. Berkongsi mengenai keadaan terkini suami, Zarina berkata Buswani semakin pulih selepas mendapatkan rawatan. ARTIKEL BERKAITAN: Sepanjang kahwin, ini kali pertama Sharifah Zarina tengok suami menangis... “Cara dia layan dan sayang ibu lain macam” ARTIKEL BERKAITAN: Percutian bertukar tragedi, isteri Pasha Ungu kena ragut di Paris Malah mereka sekeluarga juga sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas tiga jam suaminya dirawat di hospital. "Doktor beritahu keadaan dia tak teruk pun, selepas diberi suntikan keadaan dia dah kembali pulih. "Rawatan pun hanya dalam dua ke tiga jam sahaja dan kami terus bergerak pulang ke Kuala Lumpur selepas itu. "Sekarang dia semakin pulih berbanding keadaannya semalam," ujarnya. Zarina mengakui risau melihat keadaan suaminya. Semenetara itu, Zarina tidak menyangka perkara berkenaan bakal berlaku memandangkan mereka sekeluarga hanya menjamah tiga biji durian. Apa menimbulkan kemusykilan, suaminya tidak pernah berdepan sebarang masalah kesihatan meskipun makan durian dalam kuantiti banyak sebelum ini. "Padahal kami makan sikit saja dalam tiga biji saja, saya dan anak-anak okay saja. Mungkin sebab durian di sana kuat berbanding tempat lain. "Peliknya sebelum ini pun dia tak pernah macam ini, padahal dia makan sebelum ini lagi banyak dari semalam tapi tak tahu kenapa kali ini boleh jadi macam ini," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!