IBU kepada Aliff Aziz meluahkan rasa rindu terhadap dua orang cucunya selepas sudah lama tidak bertemu dengan mereka susulan isu membabitkan aktor berkenaan dan bekas isterinya, Bella Astillah. Siti Hafiza Basharahil berkata, dia tidak pernah berhenti untuk sentiasa berada di sisi Ayden Adrean, 7 dan Ara Adreanna, 4, selain tetap mahu mengekalkan ukhwah sebagai keluarga. "Walaupun kami tidak dapat berjumpa atau bercakap dengan Ayden dan Ara sehingga hari ini, kami tidak pernah berhenti mencuba untuk hadir dalam kehidupan awak (Ayden dan Ara)," katanya. Siti Hafiza meluahkan rasa rindu menerusi hantaran di Instagram. Siti Hafiza berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Siti Hafiza turut menitipkan ucapan hari lahir buat Ayden dan Ara yang berkongsi bulan kelahiran sama. Ibu kepada penyanyi lagu Kalau Cinta ini memberitahu dia sekeluarga ada mengirimkan hadiah buat mereka dan berharap agar pemberian tersebut diterima oleh cucu-cucunya itu. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Banyak luang masa bersama keluarga di Singapura, Aliff Aziz sedih ibu jadi sasaran netizen ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz kembali tersenyum, ibu percaya anak berjaya harungi masa sukar "Ucapan hari lahir dan nota cinta buat cucu kesayangan saya Ayden dan Ara. Selamat hari lahir buat cucu-cucu Umi Wan (panggilan Hafiza). Masya-Allah, Alhamdulillah Ayden awak berusia 7 tahun hari ini. "Bergembiralah di hari lahir awak. Kami ada hantarkan hadiah dan kami harap awak berdua (Ayden dan Ara) menerimanya," ujarnya. Siti Hafiza turut meluahkan perasaan sayang kepada mereka dan mendoakan agar Ayden dan Ara dipanjangkan usia. Bella kini mendapat hak penjagaan Ayden dan Ara sepenuhnya. "Umi Wan, Tok Ayah Daddy (bapa Aliff), Aisyah dan Ain (adik Aliff) doakan Ayden panjang umur, menjadi anak soleh dan khalifah yang berjaya di dunia dan akhirat. "Sampai kita berjumpa lagi insya-Allah, kami semua sayang awak berdua selamanya," katanya. Untuk rekod, Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka kepada Bella. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!