suria

Foto perkahwinan tular, peminat terkejut Ben Ladin sudah bergelar suami - “Dulu layan dia dekat program Idola Kecil”

Ben kini bergelar suami pada usia 23 tahun.

PENYANYI Ben Ladin dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Shida.

Berita gembira itu disahkan oleh seorang wanita dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Hamidah dalam hantaran tersebut memberitahu menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben atau Muhammad Benladin Munshi Shaihan, 23, namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan pasangan berkenaan.

size NP 1 - 2024-07-08T131652.933

Ben Ladin sudah bergelar suami kepada wanita bernama Shida.

"Persandingan anak buah dengan pasangannya Ben Ladin. Semoga kekal Bahagia hingga ke Jannah," katanya.

Dalam pada itu, menerusi video yang viral di aplikasi TikTok, Ben dilihat mengenakan pakaian sut berona biru manakala pengantin perempuan memakai gaun serba putih.

Penyanyi itu juga memakai inai di tiga jarinya dan memeluk wanita berkenaan di penghujung video tersebut.

Perkara itu dikongsi oleh akaun TikTok @frzdzhlmi yang merupakan jurukamera untuk majlis nikah dan resepsi Ben dan isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ben Ladin tak fikir sambung belajar, nak kerja kumpul duit beli kereta

ARTIKEL BERKAITAN: #Bizibody: Puas cari Ben Ladin, rupa-rupanya menyorok dalam gua

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terkejut dengan perkara itu namun mendoakan hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Lah dah kahwin? Ingat lagi dulu layan dia dekat rancangan Idola Kecil kat TV9.

"Ben dah kahwin? Aku tetap pandang dia macam budak-budak lagi.

"Ni tanda aku dah tua ke? Dulu tengok kecil je dia ni, sekarang tahu-tahu dah kahwin," tulis netizen di ruangan komen.

size NP 1 - 2024-07-08T131545.485

Video yang tular di aplikasi TikTok tentang perkahwinan Ben. (kredit WanRiz Picture)

Sementara itu, Ben belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkahwinan tersebut atau memuat naik sebarang hantaran berkaitan hari bahagianya di media sosial.

Usaha mStar mendapatkan komen Ben mengenai perkahwinannya itu tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak dibalas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain