suria

Bang Ye Dam datang KL 24 Ogos, penganjur janji jadi kenangan paling indah buat peminat

Ye Dam popular dengan lagu-lagu ciptaan sendiri.

MULA melibatkan diri dalam dunia seni sekitar tahun 2012, nama penyanyi Bang Ye Dam kini semakin dikenali ramai peminat sehingga berjaya mencetus fenomena tersendiri di peringkat global.

Bukan hanya di Korea Selatan, Ye Bam, 22, juga mempunyai peminat tersendiri dari pelbagai negara termasuk Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai Yelody (gabungan Ye Dam dan melody).

Justeru tidak hairanlah kehadiran bekas anggota kumpulan Treasure ini di Kuala Lumpur antara yang dinantikan peminat selepas membuat kemunculan di Bangkok, Thailand dan Manila, Filipina.

bang ye dam 3

Ye Dam semakin dikenali selepas bergerak solo.

Bukan hanya dapat menikmati muzik dan nyanyian Ye Dam, malah peminat juga akan disajikan dengan pelbagai kejutan dalam acara Be Your D yang bakal berlangsung pada 24 Ogos ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Selaku penganjur, LOL Asia menjanjikan satu konsert yang pasti meninggalkan kenangan indah buat peminat di Malaysia.

"Acara bukan sahaja meraikan perjalanan seni Ye Dam, malah menjadi bukti hubungan yang kuat bersama peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian 11 tahun berbaloi, persembahan 3 jam Ailee sarat emosi

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert ‘I Am: Here’ Ailee 22 Jun, Aina Abdul dipilih penyanyi pembuka tirai

"Ia bakal menjadi satu malam yang tidak akan dilupakan dengan persembahan menyentuh perasaan," jelas satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar.

Ye Dam memulakan kerjaya seni pada tahun 2012 dengan menyertai sebuah pertandingan nyanyian sebelum aktif bersama kumpulan Treasure.

Dia bagaimanapun memilih bergerak secara solo sejak 2022 dan mula tampil dengan lagu-lagu popular seperti Miss You dan Only Me.

bang ye dam 2

Acara bersama Ye Dam bakal beri kejutan buat peminat.

Tidak hanya berbakat sebagai penyanyi, Ye Dam juga cukup menonjol dalam menghasilkan karya sendiri selain kolaborasi bersama artis popular lain.

Tiket bagi menyaksi acara Be Your D dijual pada harga di antara RM288 dan RM758 dan ia sudah pun mula dijual menerusi laman web LOL Asia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain