DIHUJAT pertanyaan berhubung poster konsert disamakan dengan sambutan Tahun Baru Cina, penyanyi Noraniza Idris tidak melihat ia sebagai satu kesalahan. Sebaliknya kata Noraniza, 55, poster berkenaan diinspirasikan daripada salah satu budaya di Melaka malah pakaian tradisi digayakan tanda hormat kepada warisan negeri tersebut. Apatah lagi Konsert Qalam Noraniza Idris bakal berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka. Noraniza hanya menghormati budaya Melaka. "Sebab Melaka dik! Orang Melaka kan pakai sanggul lintang. Tak tahu ke? "Melaka ada budaya mereka sendiri... Jadi kita masuk ke Melaka kita praktikkan budaya mereka. Bukan Tahun Baharu Cina faham tak?," katanya. Noraniza berkongsi perkara itu menerusi sesi siaran langsung yang dibuat di TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tebus kekecewaan, tampil dengan Konsert Qalam selama 3 hari ARTIKEL BERKAITAN: [V] Noraniza Idris alami kemurungan ditipu penganjur, boleh jadi histeria sebut fasal Konsert Malai Solo Dalam pada itu, Noraniza berkongsi Melaka mempunyai pengaruh budaya yang besar dari negeri China dan memohon orang ramai mengkaji sejarah asal usul negeri tersebut. "Tangan saya itu bukan seperti gengaman yang dilakukan oleh orang Cina, saya pegang keris. "Tengok betul-betul akak punya poster dik. Memang nampak macam Cina sebab Melaka kan mempunyai pengaruh budaya Cina yang besar. "Contohnya Dondang Sayang, Baba Nyonya. Kalau lihat bangunan di Melaka semuanya mempunyai pengaruh yang sama. Peminat harus faham dan kaji dari segi sejarah mereka," ujarnya. Noraniza bakal menganjurkan Konsert Qalam di Melaka pada September ini. Konsert Qalam mengetengahkan konsep 'konsep dalam pertandingan' menghimpunkan kumpulan tarian etnik yang layak ke peringkat kebangsaan untuk mengiringi persembahannya. Menurut Noraniza, koreografi bagi kesemua persembahannya untuk ketiga-tiga hari adalah berbeza kerana perlu diadili oleh para juri pada malam konsert tersebut. Konsert yang dianjurkan oleh Tatih Seni Academy dengan sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya akan diadakan selama tiga hari pada 27 hingga 29 September depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!