ANGGOTA kumpulan Infinite iaitu Kim Sung Kyu bakal menghiburkan peminat di Malaysia buat pertama kali sebagai penyanyi solo selama dua hari pada Ogos ini. Sung Kyu bakal menghiburkan peminat menerusi konsert jelajahnya iaitu Asia LV3: Let's Vacay, Sung Kyu yang sudah lama menantikan kemunculannya. Kali terakhir Sung Kyu hadir ke negara ini sekitar 11 tahun lalu ketika konsert bersama Infinite. Kehadiran Sung Kyu adalah untuk mengubati rindu peminatnya. Apa lebih istimewa, Malaysia adalah destinasi pertama konsert jelajah berkenaan sebelum Sung Kyu meneruskan persembahan di beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Konsert ini merupakan kesinambungan bagi konsert yang diadakan pada tahun lalu iaitu LV1: Light & Voice dan LV2: Like Your Vibes. Sung Kyu akan mempersembahkan lagu-lagu popular dari album solonya seperti True Love, Hush dan I Need You. ARTIKEL BERKAITAN: Bang Ye Dam datang KL 24 Ogos, penganjur janji jadi kenangan paling indah buat peminat ARTIKEL BERKAITAN: B.I langgar ‘protokol’ sebagai bintang kpop, turun pentas dekati peminat... Janji kembali ke Kuala Lumpur Sepanjang penglibatannya sebagai penyanyi, Sung Kyung berjaya tampil dengan sebuah album studio dan lima mini album mini. Selain bidang muzik, penyanyi itu turut bergiat aktif sebagai pelakon filem dan teater muzikal serta pengacara TV. Konsert anjuran D-Show ini akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur selama dua malam pada 10 dan 11 Ogos 2024. Tiket konsert dijual pada harga serendah RM588 (CAT 2), RM688 (CAT 1), RM728 (VIP BOX) RM788 (VIP) di laman web etix bermula 17 Julai ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!