suria

Diminta mengaku dalang kes pukul kekasih, Taufiq Hanafi pelik namanya kena petik - “Aku teman wanita pun tak ada”

Taufiq bengang namanya turut terpalit dalam kes pukul teman wanita.

SELEPAS Ammar Alfian dan Syazwan Zulkifly, nama Taufiq Hanafi pula menjadi sasaran sebagai pelakon yang dikaitkan menumbuk wajah kekasihnya pada Ahad lalu.

Taufiq atau Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 33, bagaimanapun menyangkal dia individu dimaksudkan kerana tidak mempunyai teman wanita.

Dia juga terkejut apabila namanya menjadi sebutan netizen selepas tuduhan terhadap beberapa orang artis sebelum ini tidak mengena.

taufiq hanafi q

Taufiq kongsi mesej yang diterima dari netizen.

"Aku teman wanita pun tak ada. Nak pukul siapa? Pukul 4 pagi itu pukul pontianak jelah.

"Semalam viral fasal pukul, apa hal aku pun terpalit sama!," katanya.

Taufiq berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya selepas menerima mesej menyarankan agar dia mengaku perbuatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selisih faham 4 pagi, aktor popular didakwa tumbuk mata teman wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Nama kena petik kaki kikis duit wanita, fitnah jahanamkan karier Taufiq Hanafi

"Kau mengaku jelah habis cerita," tulis mesej berkenaan.

Pada 8 Julai, seorang pelakon lelaki popular berusia 37 tahun didakwa memukul teman wanitanya dalam satu kejadian di Ara Damansara, Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, susulan kejadian itu mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park pada petang Ahad.

Selain Taufiq, nama pelakon Ammar Alfian dan Syazwan Zulkifly antara yang dipetik sebagai individu dimaksudkan.

Bagaimanapun, Ammar dan Syazwan telah menyangkal mereka adalah suspek kes pukul tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain