SELEPAS mendirikan rumah tangga, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie banyak menerima tawaran kerja termasuk membuat reviu produk di media sosial. Gembira isterinya mendapat banyak peluang, Shuib atau Shahmira Muhamad , 40, bagaimanapun menghadkan waktu agar Watie lebih memberi fokus kepada keluarga. “Watie banyak komitmen setiap bulan. Dia perlu buat video promosi produk yang mahu bekerjasama. Jadi agak sibuk dengan kerja-kerja sebegitu. “Tetapi saya nasihatkan Watie supaya hadkan kerja. Kalau boleh saya mahu dia fokus menjaga anak-anak. Shuib mahu Watie memberi fokus terhadap keluarga. “Sebab itu juga kalau terlalu banyak tawaran saya akan minta bantuan supaya boleh ringankan kerja,” katanya kepada mStar. Shuib ditemui ketika majlis pelancaran Dol’s Podcast yang berlangsung di Petaling Jaya pada Selasa. Tambahnya meskipun ketika awal perkahwinan dia lebih selesa Watie hanya menjadi suri rumah namun kerjaya sebagai content creator juga sedikit sebanyak dapat membantu keluarga. Malah dia juga tidak menyangka Watie kini lebih mendapat perhatian ramai berbanding dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan lebih indah berbanding percintaan, Watie banyak berubah sejak kenal Shuib ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang hanya berkurung dalam bilik hotel, anak-anak ikut percutian ulang tahun pertama perkahwinan Watie dan Shuib “Tak sangka sekarang Watie semakin popular. Ada ketika rasanya orang ramai lebih kenal dia berbanding saya. “Saya tiada masalah untuk dia bekerja. Sekurang-kurangnya dapatlah menambah pendapatan keluarga,” ujarnya. Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023. Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan bersama Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun. Sementara itu bercakap tentang Dol's podcast, Shuib memberitahu pengisian program tersebut bertujuan memberi inspirasi kepada penonton. Dari kiri: Fizie, Shuib dan Shuk muncul dalam siaran Dol's podcast. Dalam masa sama ia juga menjadi tanda gabungan semula antaranya dengan Fizie dan Shuk Sahar kerana mereka sebelum ini pernah berkerja sebagai penyampai radio di stesen sama. “2019 kami pernah bekerja sama dan nama Dol itu juga merupakan panggilan yang biasa kami gunakan sebelum ini. “Banyak perancangan yang kami buat dengan menjemput ramai tetamu. Kami lebih banyak bincangkan kisah yang memberi inspirasi,” jelasnya. Podcast tersebut bakal bersiaran pada 17 Julai di YouTube. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube