suria

Alif Teega dan Aisyah Hijanah direman, Shuib mohon serah pihak berkuasa lakukan siasatan

Shuib (kanan) mendoakan yang terbaik buat Alif dan Aisyah.

SUSULAN Aisyah Hijanah dan Alif Teega ditahan reman, pelawak Shuib meminta orang ramai tidak cepat menjatuhkan hukuman terhadap pasangan pempengaruh media sosial itu.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, sebaliknya meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan atas dakwaan salah guna kuasa terhadap Alif dan Aisyah.

"Biar pihak berwajib yang jalankan kerja, kita doa yang baik-baik sahaja," katanya.

Shuib mohon agar kes Alif dan Aisyah diselesaikan dengan baik.

Shuib mohon agar kes Alif dan Aisyah diselesaikan dengan baik.

Shuib berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Shuib turut mendoakan agar urusan siasatan yang dijalankan terhadap Aisyah dan Alif berjalan lancar.

"Semoga dipermudahkan urusan," ujarnya pendek.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega tenang di mahkamah, mohon orang ramai doakan dia dan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Alif Teega dan Aisyah Hijanah direman 4 hari, bantu siasatan SPRM dakwaan salah guna kuasa

Pada Khamis, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan reman terhadap Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30 dan Aisyah, 26, yang dibuat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin dan pasangan itu akan direman selama empat hari.

Pasangan tersebut sebelum itu ditahan SPRM pada Rabu dipercayai ada kaitan dengan dakwaan menyeleweng kutipan derma yang tidak disalurkan dengan cara betul.

Mereka sebelum ini pernah menafikan dakwaan berkenaan dan mahu mengheret pemfitnah ke mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain