suria

Marissa Yasmin sudah usaha cari jodoh, malangnya sering jumpa lelaki ‘red flag’

Marissa tidak putus asa dalam soal jodoh meskipun sudah 8 tahun hidup solo.

LAPAN tahun hidup tanpa suami, pelakon Marissa Yasmin tidak pernah menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya.

Marissa atau Marissa Yasmin Mariam Yaakob, 47, sebaliknya berkata, sepanjang tempoh itu juga dia pernah cuba mengenali hati budi beberapa lelaki namun hubungan mereka tidak berkekalan disebabkan kurang keserasian.

"Masa awal bercerai dulu memang serik tapi ramai pula bagi nasihat cari lelaki yang macam mana... Tapi kita tak akan betul-betul kenal seorang lelaki itu selagi tidak berkahwin dengan mereka.

C6ECAFA1-025B-42A9-AC0F-5B734139501E

Marissa belum jumpa lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami.

"Tapi kalau ada rezeki dan jodoh sudah sampai kenapa tidak? Saya ada jumpa beberapa lelaki tetapi kebanyakannya 'red flag'.

"Bila dapat jumpa lelaki sebegitu, saya trauma sebab bukan mudah nak lalui fasa kehidupan yang rumit (bercerai) tapi saya masih tidak berputus asa," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, jika bertemu dengan calon sesuai, Marissa seboleh-bolehnya tidak mahu 'berkawan' terlalu lama apatah lagi usianya semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Marissa Yasmin lega tuntutan harta sepencarian selesai selepas 8 tahun turun naik mahkamah

ARTIKEL BERKAITAN: 8 tahun turun naik mahkamah, Marissa Yasmin tak putus asa tuntut harta sepencarian

Sekiranya hubungan tersebut tidak menjadi, dia lebih selesa melupakan kerana pada usianya sekarang menganggap ia perkara remeh.

"Saya bukannya muda lagi, kalau nak berkawan lama-lama tu memang tak! Bagi saya kalau dah berkawan dan tak serasi saya memang tak akan teruskan.

"Nak bergaduh atau terbawa-bawa dengan perasaan pun sudah tak perlu sebab dah tua. Buat pening kepala saja," jelasnya.

2782978

Marissa bercerai dengan Muhzir pada Januari 2016.

Untuk rekod, Marissa pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhriz Mohd Zainuddin pada 2010 namun jodoh mereka berakhir dengan penceraian enam tahun kemudian.

Pasangan ini bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.

Dalam perkembangan lain, Marissa bakal tampil dengan drama berisi berjudul X-Change menerusi Astro Ria dan platform penstriman Astro Go dan Sooka bermula 12 Julai ini.

Selain Marissa, pelakon lain membintangi drama tersebut adalah Rosyam Nor, Arfie Shah, Hariz Hamdan, Farah Ahmad, Joey Leong dan Sadiq Jamil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain